Cara Mudah Masak Nasi Beriyani Ayam Lazat

Cara Mudah Masak Nasi Beriyani Ayam Lazat

Kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa dan tentunya hari istimewa ini mahu disambut dengan penuh rasa gembira. Masih tercari-cari menu ‘special’ untuk dihidangkan untuk keluarga dan tetamu di hari raya nanti?  Usah risau kerana MAGGI® kongsikan resipi Nasi Beriyani Beraroma Asli yang boleh anda cuba. Pastinya sangat mudah, enak dan menjadi kegemaran ramai. Selamat mencuba!

 

RESIPI NASI BERIYANI BERAROMA ASLI

Cara Mudah Masak Nasi Beriyani Ayam Lazat

Waktu memasak: 40 mint

Saiz hidangan: 6 orang

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 paket Pes Perencah Nasi Briyani MAGGI®
  • 200gm ayam
  • 450gm beras basmathi
  • 700ml air
  • 100gm tomato
  • 50gm daun ketumbar
  • 50gm daun pudina
  • 50gm kacang gajus
  • 10gm bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan Pes Perencah Nasi Briyani MAGGI®, tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.
  3. Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.
  4. Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.
  5. Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar, gajus dan bawang goreng.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img