Kehangatan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa dan tentunya hari istimewa ini mahu disambut dengan penuh rasa gembira. Masih tercari-cari menu ‘special’ untuk dihidangkan untuk keluarga dan tetamu di hari raya nanti? Usah risau kerana MAGGI® kongsikan resipi Nasi Beriyani Beraroma Asli yang boleh anda cuba. Pastinya sangat mudah, enak dan menjadi kegemaran ramai. Selamat mencuba!
RESIPI NASI BERIYANI BERAROMA ASLI
Waktu memasak: 40 mint
Saiz hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN:
- 4 sudu besar minyak sapi
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 1 paket Pes Perencah Nasi Briyani MAGGI®
- 200gm ayam
- 450gm beras basmathi
- 700ml air
- 100gm tomato
- 50gm daun ketumbar
- 50gm daun pudina
- 50gm kacang gajus
- 10gm bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan ghee. Tumiskan bawang dan halia sehingga wangi.
- Masukkan Pes Perencah Nasi Briyani MAGGI®, tumiskan seketika. Masukkan ayam tumis sehingga ayam bertukar warna.
- Masukkan beras basmathi dan gaul seketika. Pindahkan kesemua bahan ke periuk eletrik.
- Tuangkan air, tambahkan tomato dan biarkan ia masak.
- Setelah masak, taburkan daun pudina, ketumbar, gajus dan bawang goreng.