Nak masak nasi putih tapi gas tiba-tiba habis? Boleh cuba masak nasi menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave). Memang sangat mudah dan menjimatkan masa. Jika anda nak masak nasi dalam jumlah yang sedikit, memang sesuai masak guna cara ini. Langkah-langkahnya adalah:
CARA MUDAH MASAK NASI GUNA MICROWAVE
Langkah 1: Gunakan bekas seramik (kaca juga tergolong dalam kumpulan seramik) yang mempunyai penutup. Masukkan beras (contohnya seperti dalam gambar-2 cawan beras).
Langkah 2: Basuh beras seperti biasa dengan menggunakan yang air biasalah juga.
Langkah 3: Basuhlah ikut berapa kali yang biasa anda buat. (Gambar adalah rupabentuk beras yang telah dibasuh)
Langkah 4: Masukkan air yang secukupnya seperti yang biasa anda lakukan semasa masak nasi dalam rice cooker. Kalau ikut petua kawan saya yang bapanya ada restoren, letakkan tapak tangan anda atas permukaan nasi dan pastikan air berada diparas atas tangan anda. Saya dah cuba memang sentiasa menjadi.
Ads
Langkah 5: Masukkan bekas seramik tadi ke dalam microwave tanpa penutupnya. Setkan suhu tertinggi (high) dan masanya pula 15 minit (untuk 2 cawan beras). Tunggu sehingga cukup 15 minit.
Langkah 6: Buka microwave anda, tutupkan bekas seramik yang berisi nasi separa masak tadi dan setkan semula microwave anda pada suhu tinggi selama tiga minit lagi.
Langkah 7: Tadaaaa! Nasi anda telah pun sempurna masak.
Nak buat nasi goreng kerabu ni, tak perlu tunggu hari tertentu, bila-bila terasa nak makan boleh saja membuatnya. Syaratnya perlulah cukup ulam-ulaman untuk dimasukkan sebagai ramuan dalam nasi goreng ni. Hidangkan dengan keropok ikan, sambal belacan dan ulam timun perghhh padu.
NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan Nasi Goreng Kerabu: 3 cawan nasi 2 ulas bawang ros 2 ulas bawang putih 4 biji cili padi-beli online di sini 5 ekor udang 2 ekor sotong 2 sudu besar sos ikan-beli online di sini
Bahan Kerabu 1 batang serai 1 kuntum bunga kantan 3 batang buncis 3 batang kacang botor 10 helai daun kesum
Cara memasak:
1.Bawang dan cili api ditumbuk kasar. Tumiskan sampai wangi.
2.Masukkan udang dan sotong. Kalau takda, letak ikan bilis je pun sedap. Jika tiada juga letak belacan.
3.Masukkan sos ikan, kalau takda sos ikan letak budu sikit. Barulah ada kick.
4.Perasakan dengan garam.
5.Masukkan nasi sejuk.
6.Masukkan ulam-ulaman yang dah hiris halus tadi. Bunga kantan tu wajib tau. Kalau takde memang kurang umph nasi goreng kerabu kita nanti. Serai tu pun wajib. Lepas tu kalau bubuh daun kesum memang dia jadi extra vaganza rasanya.
7.Kacau sampai rata, biar semua serba rasa. Dah siap.
Teringin lama nak makan nasi goreng Cina. Ada lebihan nasi semalam. Bagi yang tidak suka makan pedas, sesuai masak nasi goreng ni. Tambah minyak bijan lagi enak rasanya. Selain telur, letakkan sayuran ikut cita rasa anda.
Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan:
Nasi
5 ulas besar bawang putih (ketuk-ketuk kemudian cincang halus)
2 atau 3 sudu besar serbuk Maggi Cukup Rasa
1 atau 2 sudu besar minyak bijan
Udang hidup
3 atau 4 biji telur
Sayur campur
(Bahan-bahan bergantung pada berapa banyak nasi yang digunakan)
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3.Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sikit untuk telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur.
4.Masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.
5.Kemudian taburkan Maggi Cukup Rasa.Kacau sekejap.
6.Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
7.Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan. Ikut cita rasa masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!