Kalau terasa nak makan pulut kuning tapi tak rajin nak kukus dan gaul bagai boleh guna cara ini. Masak pulut kuning guna microwave.
Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
Ads
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Masukkan semula dalam microwave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Ads
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Nasi Daging Utara hidangan yang lengkap untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga. Resipi lengkap daripada nasi, sup dan juga air asam kerisek, menu macam ni boleh dimakan dari pagi sampai ke malam.
Hidangan istimewa dari Utara Malaysia ni memang cukup terkenal. Makan dengan air asam tu memang tambah menyelerakan. Istimewanya air asam ini diletakkan kerisek dengan rasa yang pedas-pedas masam.
Nurul Hawa Nadila Sari berkongsi resipi lengkap daripada nasi sehinggalah air asam kerisek. Buat hujung minggu nanti makan ramai-ramai memang best.
Resepi Nasi Daging Utara & Air Asam Kerisik
NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
Daging ½ kg potong nipis sederhana kecil dan rebus
Beras 5cawan
2 sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati daging
Setengah cawan susu cair
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair.
Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.
Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
tomato dihiris
bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
kerisek
cili merah*
cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*
CARA MEMBUAT:
Tumbuk bahan bertanda * (nak hiris pun boleh atau picit)di atas
Bahan hiris masukkan dalam mangkuk
Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk
Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati
Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
NASI MENTEGA
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!