Cara Mudah Masak Pulut Kuning, Guna Microwave. Masak Dalam Mangkuk Saja

Share

Kalau terasa nak makan pulut kuning tapi tak rajin nak kukus dan gaul bagai boleh guna cara ini. Masak pulut kuning guna microwave.

Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.

Masak pulut kuning guna microwave

 

1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.

2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.

3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.

4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.

 

Masukkan semula dalam microwave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.

 

Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.

 

 

Selamat mencuba.

Sumber: Rahim Rahimi.

 

Published by
Rose