Lauk rendang menjadi kesukaan ramai. Selain dimakan dengan ketupat mahupun lemang, boleh dimakan juga dengan nasi panas-panas. Hari ni jom kita masak Rendang Ayam cara Nurain. Kecur liur dibuatnya dengan menu ni.
Bahan-bahan untuk dikisar: Bawang kecil + besar Halia Lengkuas Bawang putih Serai
Cara memasak:
1. Ayam setengah ekor, basuh bersih dan tos.
2. Bahan dikisar halus, pastikan halus agar kuah tak berserabut.
3. Cili kering dikisar dalam 15 tangkai, ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.
4. Ni optional, rempah daging sesudu, rempah cili sesudu untuk warna.
5. Masukkan sedikit minyak.
IKLAN
6. Tumis bahan tadi.
7. Masukkan cili mesin.
8. Daun kunyit diracik halus.
9.Masukkan asam keping.
IKLAN
10. Letak 2 sudu kerisik.
11.Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya
12.Masukkan santan sekotak, atau sebiji kelapa.
13. Masukkan gula merah.
IKLAN
14.Masukkan dua sudu besar gula.
15. Dah masak lebih kurang sejam, kuah dah gelap dan pecah minyak, boleh masukkan daun kunyit, saya masukkan air 2 cawan berselang seli bila kuah tu memekat.
16. Dah siap rendang ayam, kena selalu kacau ye takut kuah hangit.
Kredit : Nurain Sulaiman
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Salah satu makanan terkenal di Johor adalah Laksa Johor. Dihidangkan dengan ulam-ulaman dan wajib ada sambal belacan. Cara makan laksa ini pun guna jari sahaja, tanpa sudu dan garpu.
Cara penyediaan dan hirisan ulamannya juga ada seni tersendiri. Sebagai contoh, timunnya tidak dihiris biasa sebaliknya dihiris dan digulung.
Untuk resipi kali ini, Har Ryea sudi berkongsi cara-cara menghasilkan Laksa Johor yang sedap. Makan guna tangan, barulah ori! Jom kita cuba.
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar dengan sedikit air rebusan. Tulang pun turut dikisar dengan air rebusan dan kemudiannya ditapis. Baki air rebusan ketepikan dahulu.
Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan lengkuas.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
Kemudian, masukkan santan dan tambahkan sedikit air rebusan tadi. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan isi ikan, tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis. Kacau rata.
Masukkan pula kerisik dan didihkan seketika.
Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau lagi.
Tambahkan pula daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
Ketika ini, bolehlah sesuaikan kepekatan kuah Laksa Johor yang diingini. Jika rasa terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi baki air rebusan tadi.
Jika dah berpuas hati, biarkan kuahnya mendidih dalam api perlahan sehingga naik minyak dan berbau wangi.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Caranya, letakkan spageti. Letakkan kuah. Letakkan pula ulam-ulaman tadi dan akhiri dengan sambal belacan. Perah limau sedikit, gaul-gaulkan dengan jari dan bolehlah dinikmati.
Bila nak berakhir sekolah, akan adanya jamuan di sekolah anak. Mulalah mak mak mengelabah nak bekalkan menu potluck apa yang sesuai. Jadi idea ni pasti hilangkan stres mak semua. Boleh sediakan menu Mac&Cheese dalam bekal yang comel begini. Mudah bawa dan tidak membazir.
MAC & CHEESE
Bahan-bahan:
(Sukatan untuk 30 bekas)
2 paket Macaroni Kimball – 2 packet. ( tak smpai 2 paket pun. Rebus asing sampai empuk).
2 tin Prego Mac&cheese
1 paket sosej (hiris)
1 tin cendawan butang (hiris)
½ kotak besar susu full cream
30 ekor udang (buang kulit, rebus asing. Rebus kejap je)
Bekas untuk isi
6 ulas bawang putih (tumbuk)
1-2 sudu oregano
Gula/garam/perasa
3 sudu besar butter
Cara membuat:
Panaskan butter. Tumis bawang putih. Masuk sosej,cendawan sampai betul-betul masak.
Masuk Prego Mac&cheese.
Masuk susu full cream.
Masuk oregano,Gula,garam dan perasa.
Biar sampai mendidih dan pekat sikit.
Kemudian masuk makaroni yang dah rebus. Gaul sebati semua sekali.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...