Pasti ramai yang suka makan Sambal Sotong Kembang. Selalunya hidangan ini dimakan bersama nasi lemakatau nasi putih. Namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Melalui perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ( Dapur Cheyah), beliau kongsikan resipi Sambal Sotong Kembang mudah dan sedap yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL SOTONG KEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang
8-9 biji cili kering besar
4 biji bawang merah – kisar
1/2 biji bawang holland – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia – kisar
1/2 inci belacan bakar – kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan. Kisar halus. Ketepikan.
2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang biji dan kisar hingga halus.
Ads
3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian barulah dimasukkan kisaran cili kering.
4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.
7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.
8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.
9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih. 3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak. 4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat. 5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Koleksi resipi daging yang ringkas dan mudah disediakan. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya dan sentiasa terkejar-kejar untuk masak, menu-menu menggunakan daging batang pinang ni sangat sesuai anda cuba. Ringkas, mudah dan sedap. Malah daging jenis ini juga sangat mudah nak empuk. Jadi tidak ememrlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
1. DAGING DENDENG HITAM BASAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | cuci bersih dan rebus
1/2 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan air asam Jawa
1 helai daun salam
Rempah menumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN MAYANG HALUS:
3 biji bawang besar
3 batang serai
BAHAN KISAR :
10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Hiris nipis daging yang telah direbus, kemudian titik hingga nipis. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah menumis dan bahan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
Masukkan pula bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan goreng sangai dan kisar. Terus kacau hingga bahan tumisan betul-betul garing.
Masukkan air asam, daging dan sedikit air. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa,
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit. Tutup api.
Daging dendeng basah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu dendeng kering, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Dan semasa menumis tidak perlu masukkan air.
2. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
3. DAGING GORENG BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis cuci dan tos
10 batang serai |hiris halus
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar | hiris halus
20 biji cili padi | hiris
4 helai daun limau purut | hiris
Garam, gula, perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulasa bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai dan daun limau purut hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula hirisan daging, kacau hingga daging berubah warna dan airnya kering.
Masukkan sos tiram, sos tomato garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila daging telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. GULAI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
600gm daging batang pinang | dihiris
400gm daging tetel | dipotong halus
125ml santan segar
1 liter air bersih
2 sudu makan rempak kari daging
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 bji kentang | belah empat
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
2 batang serai | dititik
4 ulas bawang putih | dipotong nipis
5 ulas bawang merah | dipotong nipis
2sm halia | dipotong nipis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
5gm bunga lawang
3gm bunga cengkih
2sm kulit kayu manis
3gm buah pelaga
BAHAN KISAR:
4 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
6sm halia | dikisar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama daun pandan, kemudian biarkan sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga garing.
Apabila rempah garing, masukkan daging dan biarkan selama 20 minit atau sehingga lembut.
Akhir sekali, masukkan santan , kentang dan lobak merah
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan biarkan gulai mereneh seketika dan hingga ia timbul minyak.