Cara Mudah Masak Sambal Sotong Kembang Yang Sedap.

Share

Pasti ramai yang suka makan Sambal Sotong Kembang. Selalunya hidangan ini dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih. Namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Melalui perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ( Dapur Cheyah), beliau kongsikan resipi Sambal Sotong Kembang mudah dan sedap yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor sotong kembang
  • 8-9 biji cili kering besar
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 1/2 biji bawang holland – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 inci belacan bakar – kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan. Kisar halus. Ketepikan.


2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang biji dan kisar hingga halus.


3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian barulah dimasukkan kisaran cili kering.


4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.

5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.

6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.

7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.

8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.

9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin (Dapur Cheyah)

 

Nak beli AIR FRYER tapi tak tahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur