4 biji bawang merah – beli online di sini 3 biji bawang putih – beli online di sini 1 inci halia – beli online di sini 1 sudu besar lada hitam – beli online di sini 1 sudu besar serbuk ketumbar ½ sudu besar serbuk jintan manis & putih * semua bahan ditumbuk halus Garam, gula & perasa secukupnya Air asam jawa & sedikit belacan 2 sudu besar cili boh
Dapatkan Muzy Microfiber Towel Set 2.0dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
Ads
1. Campurkan isi ikan, kelapa parut dan bahan tumbuk. Gaul rata hingga sebati semuanya dan perasakan.
2. Kemudian, sumbat adunan tadi dalam ikan seperti dalam gambar.
3. Panaskan kukusan. 4. Lepas tu, masukkan ikan dalam kukusan. Kukus selama 10 hingga 15 minit (bergantung kepada kukusan dan api). Bila masak, tutup api.
Hajat di hati nak buat sambal bilis cili padi yang rangup, tapi bila dah masak dan biar lama jadi lembik pula. Walhal ikan bilis sudahpun digoreng garing.
Nak pastikan sambal ikan bilis kekal rangup ada cara yang perlu dilakukan. Kalau ikut tip Nurulnabila Zaidi, mudah saja. Katanya elakkan masuk bawang merah dalam bahan tumis, hanya gunakan bawang putih saja. Cara ini ujarnya sambal ikan bilis akan rangup sampai seminggu.
Rahsia sambal ikan bilis kekal rangup sampai seminggu
Resipi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Cili api merah & hijau
Garam
Serbuk perasa
Asam keping
Cara membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Sebaiknya tumbuk lumat.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping. Gaul rata.
Jom cuba resipi Daging Goreng Kunyit perkongsian saudari Aisyah Humairani. Menurut beliau resipi ini sangat istimewa kerana ia adalah resipi yang berasal dari ayahnya.
Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jika ayah masak menu ni, anak-anak pasti berebut nak meratah. Sangat enak! Dagingnya garing tapi bila dikunyah, terasa liat-liat lembut. Ha…Lebih kurang begitulah teksturnya. Sesuai dinikmati bersama nasi putih.
RESIPI DAGING GORENG KUNYIT RESIPI AYAH. SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk daging – dihiris nipis
1 sudu kecil (penuh) serbuk kunyit – beli online disini
1/2 sudu kecil serbuk kari daging – beli online disini
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat
Garam
Serbuk cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
2. Tumbuk halia hingga lumat. Ia adalah rahsia daging jadi lebih berperisa dan sedap.
3. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian kemudian sebatikan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng daging hingga masak.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur-sayur kegemaran ketikan daging hampir masak. (RASA: sesuai guna lobak merah, babycorn, kacang panjang, buncis atau bunga kubis)
Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
MACARONI CHEESE SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan macaroni
3 cawan susu segar
6 keping keju cheddar Cheesedale
1 sudu besar susu pekat manis
Brokoli secukupnya – dicelur
Cendawan butang secukupnya – dicelur
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus makaroni dan toskan airnya.
Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi.
Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!