Cara Mudah Nak Buat Apam Nasi Yang Lembut & Sedap

Share

Lebihan nasi jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk membuat apam. Sangat mudah dan senang kalau anda cuba resipi ini. Yang penting, anak-anak mesti suka makan apam ni. Warna yang digunakan juga menarik. Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat apam nasi mengikut resipi perkongsian oleh Niessa Chang ini.

APAM NASI

 

BAHAN-BAHAN A:

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 air
  • 1/2 cawan gula – beli online DISINI

* Kisar semua bahan di atas dan tapis.

 

BAHAN-BAHAN B:

  • 1/2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
  • 2 cawan tepung beras – beli online DISINI
  • Sedikit garam – beli online DISINI

* Ayak semua bahan di atas

 

BAHAN C:

  • 3 sudu teh mauripan

 

BAHAN-BAHAN D:

  • 3 sudu teh minyak
  • Pewarna

 

CARA-CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan bahan A yang sudah ditapis ke dalam bahan B. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bahan C dan kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan pula bahan D dan kacau sebati.
  4. Perap dalam 1 hingga 2 jam.
  5. Panaskan periuk kukus.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyal.
  7. Masukkan acuan ke dalam periuk kukus.
  8. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
  9. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Niessa Chang

 

Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma