Kalau terasa nak buat cucur yang sedap selain cucur bilis, jom buat cucur cheese. Senang sangat ni. Bahan pun tak banyak nak guna. Cuma 5 bahan je untuk buat cucur cheese ni tau.
CUCUR CHEESE PANAS VIRAL
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cheese
Cara membuat
1. Adunkan tepung dengan air panas, gula dan garam sampai sebati atau pejal. Jangan lembik.
2. Bulatkan dan leperkan. Letak cheese di tengah dan tutup kembali.
3. Goreng dengan api sederhana. Angkat.
Info
Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa misalnya lobak merah dan bawang.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Eddy Rusdi dari Telegram KakiMakan Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Step-By-Step Cara Bentukkan Vadai, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan /250g kacang ulunthu – Boleh beli online di sini
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar tepung beras – Boleh beli online di sini
1 sudu teh baking soda
1 biji bawang merah
2 biji cili hijau
2 biji cili kering – Boleh beli online di sini
Daun kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Boleh angkat dan toskan.
Sedap dinikmati dengan chutney kelapa.
Selamat mencuba.
Kredit: Nur Masri
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bihun Sup Utara, Istimewanya Ada Pada Sambal Merah Dan Bihun Kuning
Bulat-Bulat Comel Bebola Cucur, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Segarkan Tekak Dengan Air Tembikai Lemon Laici, Tambah Ketulan Ais!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Karipap Pusing Ni Dapat Yang Rangup Gerenti Tak Cukup Satu
Kuih muih melayu sering jadi pilihan untuk minum petang. Antaranya karipap. Tak kira apa jua inti di dalamnya yang penting doh yang elok bakal menghasilkan karipap yang rangup dan gebu. Buat banyak doh karipap ni dan boleh simpan untuk disejuk beku. Bila ada tetamu, hidangkan dengan karipap pusing pasti semua suka.
Karipap Pusing Rangup
Doh A (Minyak)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar shortening
- 2 sudu besar marjerin/butter
- 1 sudu besar minyak masak
- Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
- 1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
- 1 sudu kecil garam
- dan sedikit gula
- Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara membuat:
- Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh)
- Bulat bulatkan doh seperti dalam gambar.
1.Ambil doh minyak (A) letak di atas doh Tepung (B) yang telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
2.Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
3.Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4.Setelah digulung, leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5.Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
6.Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
Kredit: Tahrunnisah Jali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Apam Inti Kacang Merah Tak Cukup Satu
Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.
Apam inti kacang merah
Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,
1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai
Cara memasak:
1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.
6.Acuan disapu minyak terlebih dahulu..
7.Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
8.Kukus 20-25minit
Kredit: Lydia Na