3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ye. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit. 4. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku selama 5 minit untuk bagi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata ini.
5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180C selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.
6. Dah siap. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.
*Inti boleh isi apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.
Bau aroma cili kering yang digoreng menaikkan lagi kesedapan hidangan yang nampak sederhana ini. Hidangan ayam yang penuh dengan rasa sikit pedas, masin & manis cukup menyelerakan.
AYAM SOS TIRAM MASAK CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
250gm ayam
3cm halia
1/2 bawang besar
7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
daun bawang – hiris
Minyak untuk menggoreng
BAHAN A (PERAP):
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap cair
sedikit kicap pekat
BAHAN B (UNTUK KUAH):
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos oyster
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh (pilihan) tepung
Sedikit serbuk lada putih & hitam
PERSEDIAAN:
Perap ayam dengan bahan A selama 30minit
Campurkan semua bahan B hingga larut
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah di perap dan ketepikan.
Panaskan kuali dan sedikit minyak. Masukkan halia, setelah naik bau masukkan bawang besar dan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit layu.
Masukkan bahan untuk kuah & ayam yang telah di goreng tadi.
Setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan.
Taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
Bagi yang suka kuah boleh lebihkan air.
Sukatan bahan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing (boleh ubah ikut citarasa anda)
Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.
CHEE CHEONG FUN atau RICE NOODLE ROLL Bahan kulit: 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung ubi 2 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar minyak masak 2 cubit garam Air secukupnya Daun bawang (didadu)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan. 3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.
Bahan inti: 1 biji lobak merah (disagat) 1/2 biji sengkuang (disagat) 3 biji bawang merah (diracik) 2 ulas bawang putih (diracik) 3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis
Cara memasak: 1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing. 2.Masukkan udang kering. 3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau. 4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah: 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos cili ½ sudu besar gula perang/pasir Minyak bijan (saya tak letak) 1/2 cawan air Bijan
Cara memasak: 1.Masak semua bahan hingga mendidih. 2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan. 3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang
Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis Red Velvet boleh juga buat hidangan minum petang. Tak pun, boleh dijadikan buah tangan bila berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan. Anak-anak yang suka red velvet gerenti tak habis memuji. Ok, selamat mencuba.
SWISS ROLL RED VELVET CAKE
BAHAN-BAHAN:
500gm mix sponge cake
100gm susu UHT
100gm minyak masak
10gm serbuk penaik
10gm cuka
8 biji telur
3 sudu teh pewarna merah
BAHAN UNTUK TOPPING:
500gm krim segar
CARA MEMASAK:
Untuk membuat topping; putar krim segar sehingga kembang dua kali ganda. Ketepikan.
Putar mix sponge cake bersama telur dan putar sehingga kembang selama lapan minit menggunakan ‘high speed’.
Campurkan pewarna merah bersama susu UHT dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan ‘low speed’. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah diputar tadi.
Campurkan cuka bersama soda dan masukkan sekali ke dalam adunan tadi.
Akhir sekali, masukkan minyak masak ke dalam adunan dengan menggunakan ‘low speed’.
Setelah adunan telah siap diputar, masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 12 x 17.
Bakar pada susu 180C selama 15 minit. Keluarkan.
Sapukan krim tadi pada permukaan kek yang telah siap dibakar dan gulung.
Sedia dihidangkan.
RED VELVET CUPCAKES
BAHAN-BAHAN:
230gm mentega
600gm gula
500gm tepung kek
480gm susu UHT
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
4 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh garam
3 sudu teh pewarna
2 sudu teh cuka
2 sudu teh baking soda
BAHAN UNTUK TOPPING:
500gm krim keju
100gm gula ising
100gm krim putar
10 keping oreo | hancurkan
BAHAN HIASAN:
Oreo secukupnya
Kepingan coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar mentega dan gula sehingga kembang.
Campurkan esen vanila bersama telur dan masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Satukan dan ayak semua bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan garam.
Setelah adunan sebati, masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Campurkan pewarna ke dalam susu UHT. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang diputar sedikit demi sedikit.
Campurkan baking soda bersama cuka dan masukkan ke dalam adunan.
Setelah adunan siap, masukkan adunan ke dalam cawan kertas sebanyak ½ adunan. Bakar pada susu 150C selama 10-15 minit. Keluarkan dan sejukkan.
Untuk membuat topping; Putar gula ising dan krim keju hingga kembang.
Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang dua kali ganda. Masukkan oreo yang telah pun dihancurkan.
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan di bahagian atas kek, menggunakan nozzle berbentuk bintang. Hiaskan dengan kepingan coklat dan oreo untuk lebih menarik.