Ada yang teringin nak makan karipap telur gergasi? Kebetulan pula, di rumah memang sudah ada roti canai frozen brand kawan & lazat.
Resipi yang sangat mudah. Karipap telur atau karipap giant guna kulit paratha. Yang ni memang saiz standard sekeping besar.
Jom kita cuba dengan resipi daripada Zainor Shima Ihsan.
RESIPI KARIPAP TELUR GERGASI
BAHAN-BAHAN:
Roti Prata segera (saya guna jenama Kawan)
Telur ayam
Bawang besar/bawang merah | dimayang – beli online di sini
Cili merah/cili hijau | dihiris – beli online di sini
Garam – beli online di sini
Daun sup/ daun bawang
Serbuk kari/serbuk paprika – beli online di sini
Coleslaw (kobis/lobak merah/mayonis+sos keju/serbuk lada putih/garam bukit. Satukan hingga sebati)
Cream cheese/mozarella/cheddar (optional, lagi sedap bila ditambah)
TONTON Dapur Rasa Live – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
TONTON Dapur Rasa Live: Kuah Rojak Mi
CARA-CARA:
1. Ambil sekeping roti prata. Letak dalam pinggan melengkung untuk mengelak telur tumpah.
2. Pecahkan sebiji telur dalam roti prata. Bubuh bawang/daun sup/serbuk kari+paprika/garam/cili/coleslow.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ye. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180C selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.
6. Dah siap. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.
*Inti boleh isi apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.
Kredit resipi: Zainor Shima Ihsan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: