Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencicah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
Bahan-bahan
1 kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1 kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Info
Resipi ini tahan berbulan-bulan. Sedap dimakan sebagai pencicah buah mangga muda, nanas, betik ataupun mangga kuning. Sedap belaka.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Pes Homemade Yang Anda Boleh Buat Stok Di Rumah.
Memasak bukanlah tugasan yang mudah. Tidak kira suri rumah atau yang bekerjaya, aktiviti memasak ni tentunya mengambil masa dan memenatkan. Oleh itu, ada cara yang boleh membantu kaum ibu supaya dapat memasak dengan lebih cepat dan mudah. Menerusi perkongsian saudari Rarra Sakura, beliau berkongsi enam resipi pes serbaguna yang boleh dijadikan stok masakan anda. Lebih istimewa, kesemua pes ini tidak menggunakan pengawet dan boleh tahan berbulan-bulan. Memang berbaloi. Jom cuba.
1. PES SAMBAL IJO ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili hijau besar (*)
- 10 biji cili api hijau (*)
- 10 ulas bawang merah (*)
- 8 ulas bawang putih (*)
- 5 biji tomato hijau yang muda (*)
- 1 kiub bilis
- 3 helai daun limau purut
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bahan bertanda (*) direbus sampai lembik sikit. Kemudian lenyek menggunakan lesung batu ataupun kisar kasar menggunakan blender.
- Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak. Masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan daun limau purut.
- Masak biar pes sambal jadi pekat atau kering. Padamkan api. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup yang kedap udara.
- Simpan dalam peti sejuk beku dan bila nak guna, pastikan guna sudu yang kering dan bersih.
2. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili kering – rebus kemudian goreng garing menggunakan minyak (*)
- 15 ulas bawang putih (*)
- 10 ulas bawang merah (*)
- 10 batang serai (*)
- 8 helai daun limau purut (*)
- 2 inci lengkuas (*)
- 2 inci halia (*)
- 3 sudu makan udang kering (*)
- 1/4 keping gula melaka
- 3cm belacan bakar (*)
- Air asam jawa
- 3 sudu makan sos ikan (nampla sauce)
- Air, minyak masak dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air atau lebihan minyak goreng cili tadi. Kisar halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai pekat.
- Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam secukupnya. Teruskan masak hingga betul-betul pecah minyak dan pekat.
- Bila pes kelihatan masak sempurna, sejukkan. Masukkan pes ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak guna, keluarkan dan masukkan ke dalam masakan tomyam, bihun goreng dan sebagainya.
3. PES MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili kering – goreng dengan minyak sampai garing (*)
- 10 ulas bawang merah (*)
- 8 ulas bawang putih (*)
- 2 inci halia (*)
- Air asam jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 kiub pati ikan bilis
- Minyak masak secukupnya
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan kicap masin
BAHAN GORENG TANPA MINYAK:
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan kasar
1 sudu makan lada hitam biji
1 sudu makan ketumbar biji
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan bertanda (*), bahan goreng tanpa minyak dan sedikit minyak gorengan cili. Kisar hingga lumat.
- Tuang ke dalam kuali dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
- Perasakan pes dengan air asam jawa, kiub pati ikan bilis, garam, gula dan kesemua jenis sos. Kacau sebati.
- Masak hingga pes menjadi pekat atau kering. Padamkan api dan sejukkan.
- Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beku.
4. PES ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili kering – rebus terlebih dahulu (*)
- 10 biji cili merah – rebus terlebih dahulu (*)
- 5 biji cili padi – rebus terlebih dahulu (*)
- 15 ulas bawang merah (*)
- 10 ulas bawang putih (*)
- 2 inci lengkuas (*)
- 2 inci halia (*)
- 2 inci belacan bakar (*)
- 1 sudu makan biji ketumbar (**)– jika tidak suka, boleh abaikan penggunaannya
- 1 sudu makan jintan manis (**)– jika tidak suka, boleh abaikan penggunaannya
- Air asam jawa, garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan bertanda (*) dan (**) sampai sebati.
- Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan garam, air asam jawa dan gula dengan secukupnya.
- Bila pes dah jadi pekat atau kering, padamkan api dan biarkan sejuk.
- Simpan pes dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejukbeku.
5. PES CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili padi merah – rebus
- 20 biji cili merah besar -rebus
- 2 inci kunyit hidup
- Garam secukupnya
- Sedikit air panas atau suam
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam. Lagi bagus kalau bahan-bahan tadi dikisar kering.
- Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejukbeku.
- Pes ini sesuai digunakan jika masak gulai atau masakan yang tidak menggunakan bawang.
6. PES SAMBAL SERBAGUNA UNTUK IKAN/AYAM/SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili kering – rebus (*)
- 20 biji cili merah – rebus (*)
- 4 biji tomato (*)
- 15 ulas bawang merah (*)
- 10 ulas bawang putih (*)
- 2 inci halia (*)
- 1/4 keping gula melaka
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tiram
- 1 biji kiub bilis – boleh gantikan dengan 3 sudu makan udang kering (*)
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air. Jika kisar menggunakan pengisar kering lagi bagus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing serta pecah minyak.
- Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa, garam, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
- Masak hingga pes kering dan pekat. Bila dah sempurna, padamkan api dan sejukkan. Kemudian simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejukbeku.
INFO:
- Pes perlu dimasak menggunakan api perlahan.
- Guna air masak, panas atau suam semasa mengisar cili.
- Sebelum disimpan dalam peti sejuk beku, pastikan pes betul-betul sejuk.
- Pastikan guna peralatan yang kering untuk proses penyimpanan.
- Jika simpan dalam peti sejuk biasa, pes mampu bertahan selama sebulan. Jika nak tahan lebih lama, simpan dalam peti sejukbeku.
Kredit resipi & foto: Rarra Sakura
Sambal Guna 3 Bahan Je, Tak Sampai 5 Minit Dah Siap!
Hari ini buat sambal 3 bahan. Makan nasi ni kalau tak ada sambal macam kurang kick kan?
Lagi pula di rumah ni ada anak kecil, nak masak lauk banyak tak sempat. Jadi sambal inilah yang selalu jadi penyelamat.
Buat masak lemak kubis, gorengkan ikan garing-garing, memang terbaik bila kawankan dengan sambal. Jom kita cuba resipi sambal 3 bahan je daripada Umi Watie.
RESIPI SAMBAL 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Cili – beli online di sini
Bawang putih – beli online di sini
Tomato (saya guna tomato ceri)
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA BUAT:
1. Saya guna tomato ceri, memang ada beza kalau guna tomato biasa tu. Pakai tomato ceri ni lagi wangi dan manis tau. Cili tu terpulanglah ye. Nak guna cili merah semua atau nak campur macam saya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Gorengkan bahan dalam minyak macam layu. Cili tu biar layu.
3. Dah layu tu, tumbuk bahan tadi dengan lesung sampai lumat. Saya tumbuk kasar je.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Ini optional. Nak perasakan dengan garam gula ikut selera ya. Kalau suka nak bubuh serbuk perasa bilis pun boleh. Janji 3 bahan tadi cukup.
5. Dah siap. Hidangkan pada suami dan anak-anak. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Sambal Kicap Pedas Buat Banyak, Bila Nak Makan Senang
Makan bihun tak ada regunya sambal kicap memang rasa kosong. Kalau orang Johor pula makan pisang goreng mesti wajib sambal kicap. Jadi banyak keperluannya untuk penyedap rasa. Bolehlah buat banyak dan simpan . Bila nak makan cekodok ke, capai jer.
Sambal Kicap
1 botol kecil kicap manis cap kipas udang
1 genggam cili api (kalau tak nak pedas kurangkan)
3 biji limau nipis perah airnya
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit serbuk secukup rasa
Cara memasak:
1.Bawang merah dan bawang putih dihiris halus dan digoreng agak-agak nak garing angkat dan toskan minyak.
2.Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar hingga sebati. Jangan lama sangat nanti tak sedap kalau halus sangat sambal. Letak sedikit serbuk secukup rasa.
3.Semasa kisar jangan masukkan air, cukup sekadar dengan kicap dan air limau nipis je.
4.Tuangkan sambal yang dikisar tadi ke dalam periuk.
5.masak di atas api sehingga mendidih. Tutup api sejukkan dahulu baru masukkan ke dalam botol.
Kredit: Noriza Awang Hamat
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari