Cara Mudah Perah Santan Segar Khas Untuk Yang Tak Ada Mesin Kelapa Dekat Rumah.

Share

Bagi yang tinggal di bandar, kalau nak bekalan santan pasti kena ke pasaraya, pasar basah atau ke kedai. Jenuh setiap kali nak masak, kena keluar beli dulu. Lepas ni mungkin anda tak perlu lagi bersusah payah sebab ada cara mudah yang anda boleh cuba. Paling penting, ada blender. Jom tengok cara-caranya.

 

CARA DAPATKAN SANTAN SEGAR TANPA PERLU PARUT & GUNA MESIN KELAPA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Kelapa segar
  • Mesin pengisar/ blender
  • Air

CARA-CARA:

1. Belah kelapa dan pisahkan isi dari tempurungnya.

2. Hiris isi kelapa menjadi kepingan kecil.

3. Masukkan isi kelapa tadi ke dalam pengisar bersama air secukupnya.  

Kisar hingga halus dan tapis.

4. Santan segar tersedia dan boleh dimasak ikut citarasa.

 

 

INFO RASA:

Untuk memudahkan kerja memasak, isi kelapa yang dihiris boleh disimpan dalam peti sejukbeku. Keluarkan dan guna pada bila-bila masa yang diperlukan. Oleh itu anda tidak perlu dah ke kedai.

 

Kredit petua & foto: Siti Rohaiza Abd Khalid

Published by
Nur