Cara Mudah Perap & Masak Ayam Berempah Yang Sedap.

Share

Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam potong – potong 12-14
  • 3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)
  • 1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja)
  • Serbuk kari daging (agak-agak)
  • Daun kari secukupnya
  • Kiub pati ayam @ garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 7-10 batang serai
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia

BAHAN KISAR KASAR:

  • 2 sudu makan jintan manis – sangai terlebih dahulu
  • 2 sudu makan jintan putih – sangai terlebih dahulu
  • 1 sudu makan ketumbar – sangai terlebih dahulu

CARA MEMASAK:

1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Kemudian satukan semua bahan dan gaulkan bersama ayam.

2. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.

3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam yang diperap tadi.

4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat.

5. Toskan minyaknya dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit Resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad

Published by
Nur