Cara Mudah Sedia Lauk Ringkas Tapi Sedap, Guna Sos Kapprau Saja

Share

 

 

Gaya hidup kita yang sibuk dengan rutin harian sekarang ni, ada kala membuatkan masa untuk menyediakan hidangan atas meja agak terhad. Jadi, kalau nak cepat, gunakan sesuatu yang mudah tapi jangan lupa soal cita rasa. Lauk kena sedap barulah berselera nak makan. Sos kapprau amat membantu korang sediakan lauk yang sedap. Abu Dhiya

melalui facebooknya berkongsi cara mudah nak menyediakan lauk ringkas tapi sedap.

 

IKAN GORENG SIRAM SOS KAPPRAU

Korang cuma perlukan 5 saja bahan asas.

Bahan-bahan
1 ekor ikan (boleh juga tukar kepada ayam, ketam, telur ayam)
1 biji telur ayam
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Sos kapprau

 

Cara membuat


1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya cepat masak dan sos mudah meresap ke dalam daging ikan.
2. Pecah telur ayam. Kacau.
3. Lumurkan ikan tadi dengan telur ayam.
4. Golekkan ikan pada tepung jagung.
5. Goreng dalam minyak masak panas dengan api sederhana. Kemudian angkat. Letak dalam piring.
6. Siram dengan sos kapprau. Siap!

 

Selain ikan, boleh juga guna ketam.

Resipi dan olahan resipi sos kapprau oleh Abu Dhiya

Published by
Maryam Elyas