Andai anda pergi berkelah, mendaki gunung atau menjalani perkhemahan, makanan dalam tin seperti sardin, sambal bilis, sup daging dan sebagainya adalah antara yang wajib dibawa. Makanan-makanan sebegini amat mudah dikendalikan malah menjimatkan ruang dalam beg yang sangat-sangat terhad.

Kebanyakan dari produk dalam tin yang dijual di pasaran sekarang didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Namun, masih ada sesetengah darinya yang masih perlu dibuka menggunakan pembuka tin. Jika anda ada tersalah beli makanan dalam tin yang penutupnya sebegitu, pastinya rasa geram dan nak marah. Yelah, pastinya anda pun tak ‘prepare’ nak bawa pembuka tin kan? Bila nak makan, hmm… tak boleh buka pula. Jadi, ‘life hack’ ini pastinya berguna buat anda. Ia mengajar anda cara-cara membuka tin tanpa pembukanya.

Ads

Cara Mudah & Selamat Buka Sardin Tanpa Pembuka Tin.

Terima kasih kepada tutorial video yang bijak dari Dave Hax, menerusi saluran YouTube yang mana beliau mengajar penonton bagaimana membuka tin dengan hanya menggunakan sudu. Memang berguna lebih-lebih lagi jika anda juga tidak mempunyai alatan lain yang boleh digunakan seperti pisau, pemutar skru dan sebagainya. Malah dengan menggunakan sudu juga, ia lebih selamat kerana tidak tajam. Tak adalah rasa seriau sangat sewaktu nak guna.

Nak lihat cara-caranya? Klik video di bawah ini.

Ads

 

Ads

Foto: mouth full of sardines

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI