
Kuali memasak memang susah nak dibersihkan. Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya. Nak ‘grooming’ kuali anda supaya cantik kembali? Jom cuba cara di bawah ni.
BAHAN-BAHAN:
- Soda bikarbonat secukupnya
- Berus dawai
- Sedikit air
CARA-CARA:
1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggarn 2 sudu makan.

2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.

4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. Selamat mencuba!
Kredit gambar: Dania Ellyka
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Sos Lada Hitam Yang Sedap & Mudah.

Korang pernah makan makanan Barat atau Cina yang menggunakan sos lada hitam yang sangat sedap sebagai pelengkap rasa pada makanan seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yang hangat, manis, masam dan kaya aroma herba yangmenyempurnakan makanan yang dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal untuk menikmati sos lada hitam yang sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:

Tumis Bawang Holland Dengan Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yang telah dicincang halus dengan mentega (lebih kurang satu sudu makan), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pada sos. Jika tidak ada bawang Holland boleh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.

Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sebagai Penambah Aroma & Rasa
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, untuk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis hingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, boleh saja keluarkannya selepas ditumis.

Tambahkan Sos Tiram, Gula Dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu makan sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Untuk stok, korang boleh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dengan apa makanan yang akan dicampurkan dengan sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya untuk ayam.

Gunakan Lada Hitam Biji Yang Di Tumbuk Kasar
Rahsia penting bagi mendapatkan sos lada hitam yang sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar untuk mendapatkan aroma dan rasanya yang lebih kuat. Jika tidak ada boleh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yang kurang sedikit. Untuk sos ini anda boleh masukkan satu sudu makan lada hitam yang telah dikisar kasar.

Pekatkan Sos Dengan Tepung Jagung:
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dalam tumisan sos, kacau rata hingga pekat, boleh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
9 Tips Mudah Biskut Raya Tidak Lemau & Tahan Lama

Anda kerap menghasapi masalah kuih lemau, jangan risau kerana ada petua untuk mengatasi masalah ini. Jika amalkannya masalah lemau pasti tidak akan berulang lagi.

1. Sebelum mebuat kuih jemur tepung dan gula terlebih dahulu.
Tepung & gula dijemur boleh menghasilkan biskut yang ringan
2. Jangan simpan biskut yang masih panas.
Biskut yang masih panas akan menghasilkan wap dan biskut akan lembab.
3. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Pastikan bekas biskut benar-benar kedap udara kerana udara yang masuk akan menyebabkan biskut lemau.
4. Pastikan bekas betul-betul kering sebelum menyimpan biskut.
Biskut mudah rosak dan lemau dalam keadaan lembab
5. Alaskan setiap lapisan biskut dengan kertas minyak
Ini kerana kertas minyak akan menyerap lebihan minyak.
6. Jangan campur berlainan jenis biskut dalam satu bekas yang sama.
Bila biskut yang berbeza dicampur akan mudah lemau kerana setiap jenis biskut di adun dengan bahan yang berbeza
7. Masukkan sebunjut kecil garam dalam bekas kuih.
Bungkus satu atau dua teh garam dan masukkan ke dalam balam. Ini kerana garam akan menyerap lembapan yang ada.
8. Masukkan sedikit gula ke dalam bekas.
Guala dimasukkan bagi mengelak biskut menjadi cepat hapak.
9. Panggang kekacang sebelum dia adun menjadi biskut.
Kekacang jika tidak dipanggang terlebih dahulu akan mudah lemau. Jika digoreng pula kekacang akan mengeluarkan lebih minyak.
Info Chef: Bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180C dan bakar selama lima minit.
Ini 3 Cara Buat Pancake Yang Lembut Gebu, Anak-Anak Suka Ni.

Sarapan dengan pancake atau lempeng, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan. Korang kena buat beberapa perkara berikut;

Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake.

Asingkan bahan Kering dengan basah. Tepung gandum, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata . Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering. Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal.

Guna kuali leper dan non stick. Sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali. Kemudian tuang dalam kuali yang telah dipanaskan. Penggunaan sendikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.

