Daun Kesum adalah antara bahan herba yang banyak digunakan dalam masakan. Tanpa bahan ini, hidangan seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom, kerabu dan sebagainya akan jadi tidak sedap dan seakan kurang rasa. Untuk menanamnya, ramai beranggapan pokok ini susah untuk hidup. Khas buat anda yang nak cuba tanam, petua dan tip menanam daun kesum oleh Cik Pooja ni boleh dicuba. Hanya guna pasu, baldi dan tanam di balkoni sahaja. Selamat mencuba.
CARA TANAM DAUN KESUM DALAM BALDI DI BALKONI
BAHAN-BAHAN:
Keratan pucuk Kesum
Pasu yang diisi tanah lembap
Baldi berisi air – anggaran tenggelam separuh bontot pasu
CARA-CARA: 1. Sediakan semua bahan diatas. Pastikan pasu dan baldi sepadan dan pasu boleh masuk ke dalam baldi.
Ads
2. Ini keratan pucuk kesum. Pilih keratan yang agak-agak bila tanam ada harapan untuk hidup. Jangan beli kesum yang dah layu dan lembik. Buang daun pada keratan dan tinggalkan 3-4 helai sahaja di hujung pucuk tu. ( nota: Kalau boleh,cari keratan kesum yang sama macam dalam gambar. Kalau batang kesum putih @ masih muda, pasti tak hidup.)
3. Keratan pucuk tu agak-agak dalam panjang macam ni ya.
4. Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air.
5. Cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk membuat lubang. Ia bertujuan supaya bila cucuk keratan kesum tadi, ia tak akan patah. Kedalamannya anggaran 2 inci.
6. Cucuk keratan kesum di dalam lubang yang dibuat tadi. Kemaskan.
7. Awal-awal tanam ni, letak pasu di tempat redup tapi dapat cahaya. Ia bertujuan supaya kesum tidak kecut tapi pada masa yang sama dapat cahaya yang diperlukan.
Ads
8. Bila nampak kesum dah hidup dan keluar pucuk baru, alihkan ke tempat yang ada cahaya matahari. 9. Hasil tanaman Cik Pooja yang berusia 3 bulan.
10. Bila pokok kesum nampak subur, dedahkan pokok kesum ditempat yang kena cahaya matahari sebab pokok ini sukakan cahaya. ( cik pooja letak di bucu balkoni.)
Ads
INFO: 1. Jika tanah dalam pasu nampak kering, siram supaya sentiasa lembap. 2. Bila kesum sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambah air dalam baldi dengan mencampurkan dengan larutan bancuhan baja AB ( Cik Pooja tambah 2 minggu sekali).
Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Untuk kamu yang baru-baru nak belajar memasak, cuba dulu belajar masak bihun goreng mudah dan sedap ni. Katanya nak goreng bihun ni nampak jer senang jer, tapi kalau tak kena pada gaya boleh buat bihun jadi hancur luluh atau bihun jadi getah bungkus nasi keras kejung dibuatnya. Selamat mencuba ya…
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap
Jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak. Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik dan hancur bihun tu.
Masa tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula. Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah profesional takda masalah nak masak bihun kan..
Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik , potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat anak tercekik sebab panjang-panjang.
RESIPI BIHUN GORENG RINGKAS TAPI SEDAP
Bahan-Bahan:
Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.
Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sedap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).Mesti lagi sedap.
Bahan-bahan Hiasan:
satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
bawang goreng atau daun sup
Cara Memasak:
Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
Masukkan sedikit air.
Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
Soda Bikarbonat
Cuka
Air panas
Kain Pengelap
CARA-CARA:
Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.