Jom belajar tanam tauge! Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Kalau nak tahu, tauge ni juga sangat mudah untuk dihasilkan. Bagi anda yang nak cuba hasilkan tauge sendiri, bolehlah ikuti teknik-teknik yang dikongsi oleh saudari Velvey Rossa ini. Pasti seronok bila dapat tuai hasilnya.
CARA TANAM TAUGE SENDIRI DI RUMAH
BAHAN-BAHAN:
Kacang hijau – jumlahnya ikut cita rasa masing-masing
2 helai kain tuala kecil – sehelai untuk semai kacang & sehelai untuk tutup kacang sekaligus jadi pemberat
Bekas untuk menanam – boleh guna tapis sayur
Bekas untuk menyimpan – boleh guna bekas plastik gelap, plastik hitam atau periuk kukus
CARA MENANAM:
1. Kacang hijau perlu direndam semalaman atau 7-8 jam hingga ianya kembang.
2. Untuk menyemai kacang, bekas tapis harus dialas dengan sehelai tuala kecil.
3. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah kembang tadi atas tuala.
4. Kemudian tutup kacang menggunakan sehelai lagi tuala. Ia berfungsi sebagai pemberat supaya taugeh terbantut dan tidak tumbuh kurus meninggi.
5. Siram keseluruhan tuala tadi dan toskan airnya.
6. Simpan tapis berisi kacang tadi dalam bekas gelap seperti bekas plastik. Boleh guna apa sahaja bekas asalkan gelap. Boleh juga guna plastic hitam atau periuk kukusan.
7. Simpan bekas tersebut di tempat gelap dan tidak terdedah pada cahaya. Ini keran jika kena cahaya tauge akan menjadi kurus.
8. Siram kacang tadi 4-5 kali sehari untuk pembesaran tauge yang sempurna.
9. Tauge yang ditanam boelh dituai pada hari keempat.
Selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Velvet Rossa
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak PETUA DAPUR & RESIPI MASAKAN di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official