Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari ChuYusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Sarapan yang ringkas dan sihat, scrambled egg antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Jika korang kreatif, boleh pelbagaikan varisi scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi. Inilah tip &tricknya:-
.
Variasikan scrambled egg
.
.
Berikut resipi ringkas scrambled egg yang mudah.
Bahan-bahan: 4 biji telur 1/4 cangkir susu Garam dan lada sulah secukupnya sesuai selera 1 sudu mentega
CARA MEMASAK:
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau ada satu perkara yang mak-mak paling suka dalam hidup, selain tengok anak cukup makan, mestilah bila dapur sentiasa teratur dan masak pun jadi cepat! Tapi kita pun tahu, bukan setiap hari sempat nak kupas bawang, potong cili, atau tumbuk halia. Kadang balik kerja pun dah penat, cuma sempat goreng ikan dan buat sambal kilat.
Sebab itulah idea stok bahan kisar homemade ni jadi penyelamat ramai mak-mak moden! Bayangkan bahan siap kisar, disimpan elok dalam bekas kedap udara dan tahan sampai 3 bulan dalam peti ais. Bila nak masak, tinggal cedok, tumis, siap! Aroma pun tetap padu macam baru dikisar. Inilah rahsia sebenar dapur tersusun dan masakan kekal sedap walau sibuk kerja harian.
Cili kering yang dikisar elok-elok ni memang bahan wajib untuk masakan harian. Caranya mudah sahaja: gunting cili kering, rebus sampai lembut, kisar dengan sedikit air, dan campurkan sedikit asam keping masa simpan. Bila buat sambal tumis, kari, atau masak merah, bau dia memang naik satu rumah!
Dengan cara simpan yang betul, paste cili boleh tahan sampai 3 bulan. Tak payah dah nak rendam cili setiap kali nak masak. Jimat masa, jimat tenaga! Anda juga boleh bahagikan dalam bekas kecil supaya senang ambil setiap kali nak guna.
Bawang besar ni memang bahan asas utama dalam hampir semua lauk. Rahsianya, kisar bawang bersama minyak masak separuh dari jumlah bawang supaya teksturnya lembut dan tahan lama. Tabur sedikit garam atas permukaan sebelum simpan. Ini membantu elak pes cepat rosak dan mengekalkan aroma segar.
Kalau rajin masak, dua minggu pun boleh habis. Tapi kalau simpan betul-betul dalam peti ais, pes bawang besar boleh tahan sampai dua bulan tanpa berubah rasa. Senang, wangi, dan masakan pun jadi lebih manis bila ditumis!
Bawang putih kecil tapi jasanya besar. Ia bahan penting dalam banyak masakan seperti ayam goreng kunyit, sambal tumis, dan rendang. Cara buatnya mudah, hanya kisar bawang putih dengan air bertapis sikit sahaja, cukup untuk pusing blender. Pastikan tiada lebihan air bila simpan supaya tahan lama.
Apabila anda guna satu sudu kecil pes ini dalam tumisan, aromanya terus menyerlah! Bau wangi “dapur mak” tu memang terasa walau baru balik kerja. Itulah kelebihan stok bahan kisar homemade. Siap sedia, cepat dan tetap segar!
Halia ni memang bahan magik. Tak kira masak ayam, daging, atau ikan, halia bantu hilangkan bau hanyir dan bagi rasa segar. Kisar halia dengan sedikit air sebab halia dah banyak jus semula jadi. Kalau nak senang, asingkan dalam bekas kecil-kecil lalu dibekukan, jadi tak perlu cairkan satu balang besar setiap kali nak guna.
Halia kisar juga boleh dicampur sedikit minyak masak sebelum simpan untuk elak permukaan kering. Bila nak tumis lauk, cuma ambil satu sudu kecil dan terus masuk kuali. Senang dan cepat!
Bila semua bahan kisar dah siap, susun elok-elok dalam peti ais. Gunakan bekas kedap udara atau balang kaca supaya aroma kekal tahan lama. Labelkan setiap bekas — “Pes Cili”, “Bawang Besar”, “Bawang Putih”, “Halia”, jadi bila waktu masak, tangan pun automatik capai yang betul.
Untuk lebih jimat ruang, gunakan bekas kecil 100–150 ml dan susun dalam bahagian rak bawah peti sejuk. Kalau nak tahan lebih lama, boleh juga bekukan dan keluarkan satu bahagian kecil setiap minggu.
Inilah rahsia stok bahan kisar homemade yang buat hidup mak-mak moden lebih mudah. Dengan sedikit persediaan awal, kerja dapur jadi cepat dan masakan kekal sedap macam masakan kampung. Bila bahan asas dah siap, setiap kali masuk dapur rasa lebih seronok dan yakin.
Tak perlu tunggu hujung minggu baru nak masak sedap. Adanya stok bahan kisar ni, hari-hari boleh rasa lauk kampung padu dan wangi! Rahsia ini mungkin nampak kecil, tapi kesannya besar dalam menjadikan dapur sentiasa teratur, terurus, dan menyeronokkan. Cubalah sendiri, pasti tak menyesal!
Cendawan enoki selalu kita masukkan dalam masakan, malah kalau goreng celup tepung pun lagi sedap.
Biasanya kalau beli cendawan ini kita hanya melihatnya secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor, boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.
Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.
Perisa aiskrim kegemaran dikatakan mempunyai kaitan dengan personaliti berdasarkan beberapa kajian psikologi. Ketahui maksud di sebalik pilihan vanila, coklat, strawberi, kopi dan banyak lagi.