Ayam yang diperap lama rasa perapannya lebih meresap. Apatah lagi kalau dibakar dua kali. Lagi bertambah sedap.
DOUBLE GLAZE BBQ CHICKEN
Ads
Bahan Perapan Ayam
• 10 keping ayam
• Garam
• 1 sudu besar jintan manis kisar
• 1 sudu besar jintan putih kisar
• Lada hitam kisar
• Serbuk paprika
Bahan Sos Glaze Ayam
• Kicap soya cair
• Tomato sos
• Madu
• Lada hitam kasar
• Serbuk paprika / cili
• Kiub ayam
• Garam jika perlu
• 2 sudu besar minyak masak
Ads
Cara membuat
1. Perap ayam menggunakan Bahan Perapan. Bakar 180°C selama 25 minit.
2. Satukan semua Bahan Sos Glaze dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Keluarkan ayam dari oven. Sapu sos glaze. Bakar lagi sekali sebentar.
4. Keluarkan ayam sekali lagi. Sapu lagi baki sos glaze. Bakar sekali lagi sehingga sos agak pekat.
5. Keluarkan dan sedia dihidang.
Ads
Boleh diratah macam tu je ataupun dijadikan lauk bersama nasi.
Ayam Kurma Yogurt, kombinasi resepi tradisi dan moden yang menghasilkan rasa lebih lembut, berkrim dan tak muak walaupun makan banyak!
Yang menariknya, penggunaan yogurt asli bukan saja menjadikan kuah lebih pekat dan licin, tapi juga membantu melembutkan isi ayam. Rempah kurma tetap menjadi bintang utama, tapi rasa yogurt menambah dimensi baru. Sedikit masam berlemak yang seimbang dengan santan.
Sesuai sangat dihidangkan untuk makan tengah hari, majlis keluarga, atau hidangan istimewa. Bila dimakan dengan nasi minyak, nasi putih atau roti jala memang terangkat!
AYAM KURMA YOGURT
BAHAN-BAHAN :
4 sekawan
1 ekor ayam – potong 16 garam secukupnya 130g (1 bekas kecil) plain yogurt 3 sudu kecil minyak sapi daun ketumbar (hiasan) 1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar 1 sudu besar jintan putih 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk cili air secukupnya
BAHAN KISAR: 4 biji cili hijau besar 5 ulas bwg putih 1 inch halia 2 tangkai daun ketumbar 1 gengam kacang gajus (rendam) 1 biji bawang holland (goreng sehingga perang) air secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Tips Sedap:
Gunakan yogurt asli tanpa gula untuk rasa semulajadi dan seimbang.
Jangan didihkan lama selepas masukkan yogurt — cukup sekadar kuah pekat supaya teksturnya kekal halus.
Tambah daun pandan atau daun kari untuk aroma lebih wangi.
Resipi Ayam Kurma Yogurt ini memberikan rasa klasik kurma dengan sentuhan moden yang lebih berkrim dan lembut. Gabungan rempah kurma, santan dan yogurt menjadikannya lauk istimewa yang pasti disukai seisi keluarga.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap!
Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
BAHAN GULAI AYAM:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Salai adalah kaedah orang lama menyimpan bahan mentah untuk jangka masa yang lama. Bahan mentah digantung dan di asapkan dalam jangka masa 1 hingga 2 jam dan harus di salai sekata.
GULAI LOMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
Setengah ekor itik salai
*10 biji cili padi merah
4 batang serai dititik
* 2 inci kunyit
*1 biji bawang merah
1 kotak besar santan/ setengah kilo santan segar
CARA MEMASAK
Kisar semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk dan biar mendidih.
Selepas itu masukkan serai yang dititik.
Masukkan itik salai dan gaul hingga sebati. Tutup periuk dan biar masak seketika untuk kecutkan daging itik.
Info: Pastikan sentiasa mengacau atau ‘menembok’ kuah selepas masukkan santan untuk memastikan santan tidak pecah minyak. Ulang proses ini sampai habis masak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!