Memang legend kuih Cucur Jawa ini. Memang sedap rasa kuih ini. Nampak mudah nak buat tetapi sebenarnya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Anda perlu menggunakan teknik yang betul serta perlu praktis beberapa kali untuk mendapatkan bentuk yang cantik. Ini perkongsian resipi oleh saudari Siti Hadirah. Selamat mencuba!
Sapa yang tidak gemar dengan kek gebu seperti kek span vanila ni. Kalau ikut cara yang betul memang menjadi kek yang korang buat. Ini perkongsian daripada Siti Hadirah. Kalau ikut caranya hanya ikut guna cawan minum air teh atau kopi untuk sukatan. Tapi menurutnya ketiadaan cawan tersebut, dia hanya menggunakan cawan minum susu anak. Asal menjadi, boleh saja gunakan.
Kek Span Vanila
Bahan-bahan:
2 biji telur gred B ½ cawan gula(saya kurangkan lagi) ½ sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI ½ sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI ½ cawan minyak jagung/biasa-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder ¼ cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Kisar telur, gula, ovalett dan esen vanila hingga kembang dan putih. 2.Masukkan minyak jagung ke dalam adunan telur. 3.Ayak sekali tepung gandum dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi dan adun sehingga sebati. 4.Akhir sekali masukkan susu dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati semua adunan. 5.Lapik loyang dengan baking paper. 6.Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
Kalau korang suka, apa kata raya tahun ni korang cuba buat sendiri dan cuba resipi yang RASA sharekan di sini. Kalau menjadi wah, boleh buat lebih dan jual. Tambah pendapatan di musim PKP ni.
REMPEYEK KACANG UDANG GERAGAU BAHAN-BAHAN:
200gm tepung beras
1 biji telur
50gm kacang tanah potong dua
30gm udang geragau
6 helai daun limau purut | mayang halus BAHAN KISAR HALUS:
2 biji buah keras
3 ulas bawang putih
1 hirisan kecur
3cm kunyit
1 sudu teh ketumbar
CARA MEMBUAT:
Campur semua bahan kecuali kaang tanah dan udang geragau.
Adun rata menggunakan wisk atau senduk biasa hingga sebati dan tak bergetel.
Rasa jika mana-mana bahan kurang rasa boleh tambah, ikut selera.
Hasil adunan adalah cair, tidak pekat.
Masukkan kacang tanah dan udang.
Panaskan minyak dalam kuali, minyak banyak ye.
Sama ada menggunakan senduk tuang bancuhan rempeyek dalam kuali atau acuan rempeyek, goreng rempeyek hingga kekungingan menggunakan api sederhana.
Angkat dan toskan, setelah rempeyek sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Jihan Zahira ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN-BAHAN:
1kg beras – rebus beras sampai jadi bubur
1kg santan
½ kg kacang hijau
½ kg kacang kuda
½ kg kacang tanah- sangai dan buang kulit
1kg ubi keledek merah
5 tongkol jagung
1kg gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan
3 sikat pisang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Rebus kacang hijau dan kacang kuda ( rebus asing-asing) sampai lembut. Kemudian masak santan dan ubi dalam kawah sampai ubi empuk.
2. Bancuh tepung, gula, garam dan air hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam kawah. Kacau lagi hingga mendidih. 3. Masukkan semua jenis kacang dan jagung. Kacau lagi sampai betul-betul masak. 4. Masukkan pisang dan kacang tanah yang telah disangai dan dibuang kulit. Kacau lagi hingga semua likat. 5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!