Memang legend kuih Cucur Jawa ini. Memang sedap rasa kuih ini. Nampak mudah nak buat tetapi sebenarnya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Anda perlu menggunakan teknik yang betul serta perlu praktis beberapa kali untuk mendapatkan bentuk yang cantik. Ini perkongsian resipi oleh saudari Siti Hadirah. Selamat mencuba!
CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras – beli online DISINI
- 2 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 2 cawan air
- 1 cawan gula merah – beli online DISINI
- 1/2 cawan gula putih | boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan gula putih, gula merah dan air. Biar sehingga larut, ketepikan dan biar suam.
- Bancuh semua bahan di atas, kemudian perap selama 5 hingga 8 jam. (Penulis hanya perap selama 3 jam)
- Goreng dengan minyak seperti nak menggoreng telur mata.
- Pastikan api tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat.
- Masukkan bancuhan tepung tadi menggunakan senduk bulat, celup dan biarkan ia masak.
- Angkat bila kuih sudah masak. Siap!
Kredit resipi & foto: Siti Hadirah
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: