Cara Nak Buat Talam Cendol & Seri Muka Yang Sedap & Cantik

Share

Menu kuih talam dan seri muka, antara yang popular dihidangkan dalam majlis dan juga ramai yang buat tempahan. Senang untuk dihidangkan kerana boleh dibuat dalam saiz yang diinginkan.

Dua resipi yang dikongsi Niessa Chang ini, iaitu kuih talam cendol dan kuih seri muka, memang sedap dan sesuai sebagai menu minum petang.

 

TALAM CENDOL

LAPISAN BAWAH: BAHAN A

230g gula merah – beli online di sini
500ml air
*Masak hingga gula hancur dan tapis

LAPISAN BAWAH: BAHAN B

180g tepung gandum – beli online di sini
250ml santan – beli online di sini
2 biji telur gred B
½ sudu teh garam
Sedikit esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN:

Campurkan bahan A bersama bahan B. Kacau rata, kemudian masak hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit hingga masak.

LAPISAN ATAS: BAHAN A

130g gula – beli online di sini
230g tepung beras – beli online di sini
1sdb tepung jagung – beli online di sini
250ml santan
500ml air
1 sudu teh garam

LAPISAN ATAS: BAHAN B

200g cendol

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati. Masak hingga naik wap.
2. Masukkan separuh cendol ke dalam adunan dan tuang ke atas adunan lapisan bawah.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Tabur lebihan cendol di permukaan lapisan atas. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Saya guna loyang 10x10x3.

 

TALAM SERI MUKA

LAPISAN BAWAH:

2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak masak – beli online di sini
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang 10x10x3 yang sudah digris minyak atau alas plastik.
3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan minyak, ratakan dan kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak.
4. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan untuk lapisan bawah.
5. Setelah pulut masak, tekan-tekankan pulut sehingga padat. Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.

LAPISAN ATAS:

1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula pasir – beli online di sini
1 biji telur gred B
50g tepung gandum – beli online di sini
50gtepung kastard – beli online di sini
25g tepung beras – beli online di sini
1 sudu kecil garam
Sedikit pes pandan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan santan, gula, dan telur ke dalam pengisar dan kisarkan.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pasta pandan. Kisar lagi sampai sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masakkan sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih ya) selama 10 minit.
4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 25 minit dengan api yang sederhana sehingga masak.

TIP UNTUK LAPISAN ATAS SERI MUKA CANTIK RATA:

1. Pulut yang dah masak tekan-tekan bagi padat. Jangan ada ruang sikit pun supaya adunan tepung tak menggelembung masa mengukus.
2. Masak adunan tepung sampai naik wap dengan api paling kecil, jangan terlalu likat dan tuang ke atas lapisan pulut perlahan-lahan.
3. Selepas tamat waktu mengukus lebih kurang 25 minit, buka tudung periuk kukus dengan suhu api yang sama semasa mengukus selama 5 minit. Tujuannya, supya air lebihan di atas adunan tepung tadi jadi kering dan berkilat. Selepas 5 minit, bolehlah keluarkan loyang dan letak pada suhu bilik.

Kredit resipi: Niessa Chang

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff