
Korang tahu tak yang Jangka hayat telur yang baik adalah tak melebihi 45 hari, kalau korang beli telur dekat pasaraya dah tentu ada tarikh luputnya tapi akalau beli kat kedai runcit biasa, memang takda lah kan ? Jangan risau atau susah hati ini ada dua cara boleh tolong korang macam mana nak tau telur tu masih elok atau tak.
Pertama: Goncangkan telur, kalau dengar bunyi kocakan ia maksudnye telur itu sudah lama. Sebab telur segar tidak akan mengeluarkan bunyi ketika digincangkan.
Kedua: Masukkan air sejuk ke dalam gelas, rendam telur tersebut dan perhatikan. Jika telur rendam sepenuhnya sampai dasar gelas bermakna telur sangat segar.
Jika telur masih rendam dan berdiri di atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk telur masih boleh dimakan. tetapi jika ia terapung ke permukaan maksudnye telur itu tidak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan.
Senang je kan, jadi korang boleh praktikkannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Kalau Nak Donat Yang Korang Buat Lembut & Gebu.

Isi Kandungan
ToggleRamai sukakan donat, terutamanya kanak-kanak. Bila asyik beli teringin juga nak buat sendiri tapi risau tak menjadi macam beli kat kedai donat yang popular tu. Sekarang korang jangan risau ini ada cara macam mana nak buat adunan donat supaya kembang dengan cantik sempurna dan gebu dan bila digoreng garing kat luar, lembut di dalamnya.
Gunakan Bahan Berkualiti:
Walau bahan buat donat ringkas dan senang, hanya tepung, gula, yiss, telur, susu dan margerin. Tetapi kualiti produk ini yang akan menentukan hasil donat korang nanti. Tepung akan menentukan tekstur donat, jadinya jangan guna sebarang tepung, sebaik gandum berprotein baik kualitinya dan bersih. Untuk mengetahui tepung masih elok, sebaliknya beli tepung yang mdalam kemasan asalnya (belum dibuka). Begitu juga dengan yis, pilih yang kering dan baru. Yis adalah mikroorganisme hidup yang berfungsi mengembangkan adunan. Jika menggnakan yis yang sedia ada dalam simpanan pastikan mikroorganisme di dalamnya masih hidup.
Kemudian sediakan sedikit air suam dalam bekas kecil dan masukkan yis, kacau dan biarkan. Jika ada gelembung udara, ia bermakna yis masih elok dan aktif. Begitu juga dengan susu, sebaliknya gunakan susu suam untuk mencampurkan adunan. Ia membantu yis lebih aktif dan donat mengembang cantik serta mempunyai serat-serat lembut. Elok juga kalau gunakan susu cair yang dipanaskan atau susu tepung yang dilarutkan dengan air suam.
Campur & Adun Bahan Dengan Betul
Walaupun tepung baru, korang patut ayak tepung dahulu untuk mengelakkan tepung berketul semasa digunakan. Campurkan tepung, gula dan yis, jangan campurkan garam di peringkat awal ini kerana ia akan menyebabkan yis tidak akan berfungsi. Cara paling senang korang boleh je gunakan breaf improver (kalau ada) kerana ia membantu adunan kembang dengan rata, lembut dan tidak keras bila sejuk.
Kalau tak ada bread improver, uli adunan 12-15 minit dengan tangan, sambil tuangkan susu suam, bila semua bahan sudah bercampur rata, tambahkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Mentega juga berperanan melembutkan struktur gluten dan menjadikan adunan terasa elmbut dan berkilat serta memberikan rasa yang lebih sedap. Uli adunan hingga sebati dan tak lekat pada mangkuk adunan. Pastikan juga korang tidak terlebih uli kerana ia boleh menjadikan donat keras dan tak lembut.
Rehatkan Doh Di Tempat Panas
Balut adunan yang sudah diuli dan letakkan dalam mangkuk, kemudian tutup dengan kain. Rehatkan di tepat panas selama 30 minit, misalnya di bahagaian dapur yang ada cahaya mata hari atau dekat dengan dapur. Apabila adunan kembang dua kali ganda asal. Uli semula selama tiga minit, kemudian rehatkan semula 15-20 minit. Adonan siap untuk diterap dengan acuan donat dan digoreng.
Haha inilah rahsia hasil kejadian donat yang sempurna lebut, gebu dan setanding donat yang dijual di kedai donat popular.
13 Khasiat & Manfaat Sayur Bayam Yang Ramai Tak Tahu. Lepas Ni Bolehlah Cuba Makan.

Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat mudah didapati di negara ini. Namun dikatakan bayam ini sendiri berasal dari Amerika tropika namun sekarang ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Terdapat dua jenis bayam yang sangat popular di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Biasanya sayur ini hanya dimasak tumis air sahaja. Namun, sebenarnya banyak lagi hidangan enak yang kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini. Sebagai contoh, dijadikan inti untuk pastri, pesto untuk hidangan piza dan pasta, ditambah ke dalam proses penghasilan mi sayur dan banyak lagi. Semuanya enak!
Khas buat anda yang nak kurus, kulit cantik, lambat nyanyuk dan mata terang benderang, amalkanlah makan sayur bayam. Ini kerana bayam juga terkenal sebagai sayuran yang mengandungi sumber zat besi yang tinggi. Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal, meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit dan banyak lagi.
Selain itu sayur ini juga mengandung perbagai kandungan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh. Bayam merupakan sumber vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, kalsium dan sebagainya. Bayam juga rendah kalori. Hal ini menjadikan ayam sebagai salah satu makanan yang bernutrisi lengkap. Antara manfaat bayam yang menakjubkan bagi kesihatan tubuh ialah:
1. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori.
2. Memberikan zat pada tulang dan sendi.
3. Menjaga kesihatan organ pencernaan.
4. Mengurangi risiko terserang kardiovaskular.
5. Mencegah anemia.
6. Menyihatkan kulit.
7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit.
8. Membantu melawan sel kanser.
9. Penglihatan yang lebih baik
10. Sumber anti-inflamasi
11. Jantung lebih sihat.
12. Menurunkan tekanan darah tinggi.
13. Membantu mencegah diabetes.
Nak cuba masak bayam versi selain tumis air? Jom lihat resipi-resipi yang RASA sediakan.
1. LEMPENG BAYAM
BAHAN-BAHAN:
- 3gm bayam hijau |dicincang halus
- 150gm tepung gandum serba guna
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 1 biji telur |dipukul
- 200ml susu segar
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam satu bekas. Ketepikan.
- Di dalam bekas berasingan, satukan telur, susu dan minyak masak dan tuang ke dalam adunan tepung tadi. Gaul sebati dan masukkan bayam yang telah dicincang. Gaul hingga adunan sebati. Ketepikan.
- Panaskan kuali leper dengan api sederhana dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Tuang sedikit adunan membentuk bulat leper. Biar sehingga bahagian tepi pankek kering dan ada gelembung udara, terbalikkan pankek dan biar sehingga perang kedua-dua permukaan pankek.
- Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan suam.
Info chef: Sesuai dijadikan sandwic berinti hidangan pagi. Boleh dihidangkan bersama madu dan mentega atau sosej dan sos.
2. BAYAM KACANG KUDA
BAHAN-BAHAN:
- 70gm bayam hijau |potong kasar
- 2 cawan kacang kuda
- 1 biji bawang besar |cincang
- 2 ulas bawang putih |cincang
- 1 sudu teh minyak zaitun
- 150gm sos tomato
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh jus lemon
- Garam dan lada hitam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang kuda bersama air di dalam periuk hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Tumiskan bawang besar dan putih dengan minyak zaitun hingga layu dan terbit wangi.
- Masukkan puri tomato, oregano dan kacang kuda yang sudah dimasak tadi ke dalam bahan yang ditumis tadi dan kacau sekata sehingga sos mula memekat.
- Setelah itu masukkan bayam dan kacau lebih kurang tujuh minit sehingga bayam masak.
- Akhir sekali tuang jus lemon dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika inginkan kepedasan tambah sedikit serbuk cili atau emping cili.
3. TAT BAYAM DAN BAWANG
BAHAN KULIT TAT:
- 230gm tepung gandum
- 100gm mentega
- 30ml air
- Garam secukupnya
BAHAN INTI BAYAM:
- 70gm bayam hijau |cincang halus
- 1 biji bawang |cincang halus
- 4 biji telur
- 150gm susu segar
- 20gm keju parmesan
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan oven dengan suhu 200 ⁰ Ketepikan.
- Satukan tepung, mentega dan garam. Ramas dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seakan serbuk roti.
- Masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh beberapa bahagian dengan berat lebih kurang 30 gram setiap satu dan tekan pada acuan tat mengikut saiz yang dikehendaki.
- Biarkan ia di dalam peti sejuk sementara membuat inti.
- Untuk membuat inti: Celurkan bayam di dalam air panas hingga layu, toskan dan cincang halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hingga layu dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian masukkan bayam dan gaul sekata. Alihkan dari api dan biarkan sejuk seketika.
- Dalam bekas berasingan satukan telur dan susu dan kacau sekata. Masukkan bawang dan bayam yang ditumis tadi. Kacau sekata dan seterusnya masukkan keju parmesan.
- Keluarkan kulit tat daripada peti sejuk. Tuangkan ke dalam kulit tat dan bakar pada di dalam oven 35-40 minit hingga kulit tat perang dan inti masak.
- Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Sesuai dihidangkan suam.
Info chef: Hidangkan ketika suam untuk kesegaran rasa.
4. PARMESAN SPINACH SOUFFLE
BAHAN-BAHAN:
- 60gm bayam hijau |cincang halus
- 60gm keju parmesan
- 30gm mentega
- 1 ½ sudu teh tepung gandum
- 150ml susu segar
- 3 biji telur |asingkan kuning dan putihnya
- 2 sudu makan serbuk roti
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega di dalam kuali menggunakan api sederhana dan masukkan tepung gandum. Biarkan sehingga berbuih dan setelah itu masukkan susu. Gaul sebati hingga pekat.
- Masukkan pula bayam dan kacau hingga bayam layu dan alihkan dari api. Biarkan sejuk sedikit.
- Kemudian masukkan keju parmesan dan gaul sebati. Masukkan kuning telur dan gaul hingga adunan sebati.
- Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan putih telur ke dalam adunan tadi dan kaup balik putih telur di dalam adunan tersebut. Ketepikan.
- Sapu sedikit mentega pada bekas ramekin dan taburkan serbuk roti pada keliling bekas ramekin.
- Tuang adunan ¾ penuh ke dalam bekas.
- Bakar dengan suhu 200⁰C selama 25 minit hingga permukaan atasnya perang keemasan.
- Sesuai dihidangkan suam.
Info chef: soufflé bayam lebih sesuai dihidang suam untuk rasa yang lebih lembut dan gebu. Taburkan sedikit keju parmesan di atas soufflé bayam semasa menghidang.
Petua Pilih Epal Rangup Dan Manis. Pilih Elok-elok Baru Seronok Memakannya

‘An apple a day keeps the doctor away’, ni ungkapan yang menggambarkan betapa pentingnya epal untuk kesihatan. Epal kaya dengan khasiat dan vitamin dan jika dimakan secara rutin harian dan teratur ia mampu menghindari pelbagai penyakit seperti serangan jantung, stroke dan kanser.
Pastikan epalnya rangup dan mengandungi banyak air.

fruitsandveggies.org.
- Ketuk epal
Caranya ketuklah epal dengan jari jika berbunyi nyaring menandakan ia rangup dan mengandungi banyak air. Pilih epal yang keras dan kemudian tekan dengan lembut rasa. Jika epal tidak terasa keras maka epal itu tidak rangup.
- Perhatikan kulit
Pilih epal yang mempunyai kulit bersih tanpa tompok hitam, berwarna cerah dan berteksur baik.
- Perhatikan ukuran
Ukuran epal menentukan matang atau tidaknya epal. Semakin besar epal semakin matang isinya.
- Hindarkan epal berbintik-bintik
Jika epal ada bitnik bitnik di bahagian kulitnya bererti epal tidak lagi rangup, Pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari
- Hidu aroma dan baunya
Epal yang sudah matang akan mengeluarkan aroma khas yang harum.
- Bersih betul-betul
Pastikan epal dibersih betul-betul, boleh juga menggunakan bahan pencuci buah. Tahukah anda epal yang belum dibersihkan masih terdapat sisi racun serangga dan bakteria .

Kredit foto : thriftyfun.com.
- Lepas dihiris rendam dalam air garam
Untuk mengelakkan cepat lembam setelah dipotong, hirisan epal boleh direndam dalam air garam untuk mengelakkan cepat perang dan mengekalkan rasa rangupnya.
.