Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.

 

TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Limau Kasturi
  • Tapis
  • Bekas ais

CARA-CARA:

IKLAN

1. Bersihkan buah limau dan potong dua.

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

IKLAN

3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

IKLAN

5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.

Cara Paling Best Simpan Limau Kasturi Agar Tahan Lama, Tak Busuk & Jimat Belanja.

6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.

7. Selamat mencuba!

 

Kredit petua & foto: Siti Fatimah Abas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI