Cara Paling Mudah Buat Cendol Secara Homemade. Memang Sedap Macam Beli!

Share

Terasa nak makan Cendol Durian? Kalau nak lebih sedap, cuba hasilkan guna cendol yang anda masak sendiri secara homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak

. Sangat mudah.

 

CENDOL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2/3 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • 800ml air
  • 1 mangkuk air berais

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

 

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak

Published by
Nur