Terasa nak makan Putu Bambu atau Putu Piring homemade tapi tak ada acuan? Usah risau, guna je acuan lompang yang ada di rumah. Jadilah namanya Putu Lompang. Ha…Mudah je nak buat ni. Empunya resipi; Eiriya Azira hanya guna 3 bahan je dan sedikit ubah suai pada resepi asal. Rasanya sedap macam yang dibeli dekat pasar malam. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah-langkah di bawah ni.
RESIPI PUTU LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
* jumlah tepung dan kelapa ikut citarasa. Jika nak hasilkan banyak, lebihkan jumlahnya.
CARA MEMASAK:
1. Sangai tepung beras tanpa minyak. Jangan sampai hangit tau. Sejukkan seketika.
2. Hancurkan atau parutkan gula melaka sampai hancur. Nak tumbuk pun boleh.
3. Masak air bersama daun pandan dalam periuk. Biar air tu jadi wangi.
4. Ambil tepung yang telah disangai tadi. Bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan kelapa parut. ( sis ubah resipi asal).
5. Kemudian masukkan sedikit garam.
6. Ambil air panas yang dimasak bersama daun pandan tadi. Renjis-renjiskan dalam tepung dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.
7. Ambil acuan lompang dan sapu sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan tepung ke dalam acuan. Tekan sikit supaya padat.
8. Seterusnya letak gula melaka diikuti adunan tepung. Jumlahnya cukup sekadar menutup permukaan gula. Tekan-tekan supaya mampat. Ulang langkah hingga habis.
9. Kukus putu tadi selam 3-4 minit. Kemudian terbalikkan acuan dan kukus lagi selama 2-3 minit. Bila terbalikkan acuan, kuih tak akan jatuh kerana sewaktu isi tepung tadi, adunan sudah dimampatkan.)
10. Angkat dan keluarkan putu dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Semasa isi tepung ke dalam acuan, kalau boleh jangan penuhkan acuan sebab putu ni tak boleh tebal sangat. Acuan lompang kan tinggi. Jadi kalau boleh jangan penuh. Sebab takut nanti putu tak masak dan rasa tepung je.
Kredit resipi & foto: Eiriya Azira