Cara Paling Mudah Masak Pizza Homemade Tanpa Guna Oven.

Share

Anak-anak memang suka makan pizza. Kalau si kecil jenis yang susah nak makan nasi

, pizza ni lah antara hidangan yang boleh dihidangkan kerana ia mengenyangkan. Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri secara homemade tapi tak ada ketuhar, resipi perkongsian saudari Mass Isnaini ni boleh dicuba. Hanya masak guna periuk nasi elektrik. Sangat mudah dan hasilnya memang mengagumkan. Jom cuba.

 

CARA MASAK PIZZA HOMEMADE TANPA OVEN

BAHAN DOH:

  • 1 paket mauripan
  • 500gm tepung gandum
  • 1- 1½ cawan air
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1/3 sudu makan minyak masak

BAHAN INTI ( boleh diubah ikut citarasa):

  • Sos tomato
  • Sos lada hitam
  • Daging burger – dihandurkan dan digoreng terlebih dahulu
  • Sosej – digoreng terlebih dahulu
  • Lada benggala
  • Bawang Holland
  • Keju cheddar
  • Keju Mozarella
  • Oregano secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan doh dan uli hingga sebati. Kemudian simpan selama 45 minit hingga doh kembang.

2. Ambil periuk nasi dan sapukan marjerin atau mentega di dasarnya.

3. Masukkan doh yang sudah dileperkan ke dalam periuk. Cucuk dengan garpu untuk memudahkan doh masak.

4. Sapu sos tomato dan sos lada hitam pada doh dengan secukupnya.

5. Kemudian tabur daging nurger, sosej, bawang Holland dan lada benggala dengan secukupnya.

6. Seterusnya taburkan keju dan oregano.

7. Tutup periuk nasi dan petik suis. Biar hingga masak.

8. Bancuhan doh tadi boleh dapat 3 keping pizza saiz M.

Kredit resipi & foto: Mass Isnaini

 

Published by
Nur