Buat mereka yang suka membeli dan makan bubur nasi, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Tekstur yang lebih kurang ala Korea. Lebur tapi masih rasa sedikit nasinya dan berair bila makan taklah muak atau kering.
Resipi bubur nasi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini, sedap dimakan dengan hidangan sampingan seperti ayam carik, cili garlic, minyak bijan, serbuk lada sulah, kangkung belacan, ikan bilis goreng, telur masin.
Gaul semua, suap! MasyaAllah letup-letup dalam mulut dengan pelbagai rasa. Kalau makan kosong, rasa bubur ala McD. Cubalah!
Walaupun kita berkurung di rumah semasa PKPB ni, tidak semestinya tidak boleh menjamu selera dengan menu istimewa. Nasi Biryani memang menjadi kesukaan ramai. Jika biasa kita membuatnya dengan daging kambing atau ayam, boleh kita letak ikan tenggiri pula. Mungkin sebelum ini ada yang tidak makan kambing bolehlah nikmatinya dengan penuh selera.
Biryani Ikan Tenggiri Bahan A: 2 cawan beras basmati 3 bunga cengkih 3 buah pelaga 1 batang kulit kayu manis-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh biji lada hitam 2 sudu makan garam
Bahan B: 4 ketul ikan tenggiri 3 sudu makan yoghurt 3 sudu makan rempah biryani ½ sudu teh serbuk kunyit 3 sudu makan minyak sapi 1 biji bawang Holland, dicincang 4 ulas bawang putih, dicincang 1 inci halia, dicincang-BELI ONLINE DI SINI 2 biji cili hijau, dibelah dua
Bahan C: Bawang besar, dihiris nipis dan digoreng garing 3 tangkai daun pudina 3 tangkai daun ketumbar Secubit saffron atau pewarna kuning direndam dalam sedikit susu
Cara memasak: 1.Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang Holland sehingga garing.
2.Masukkan bawang putih dan halia dan masak sehingga wangi. 3.Masukkan rempah biryani, serbuk kunyit dan ½ cawan air dan masak sehingga pecah minyak. 4.Masukkan ikan, yoghurt dan cili hijau dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. Tutup api. 5.Basuh beras dan rendam selama 30 minit. Toskan. Didihkan air dan masukkan garam, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, lada hitam. Masak beras sehingga ¾ masak dan toskan. 6.Sediakan periuk nasi dan masukkan separuh nasi ke dalam periuk tersebut.
7.Masukkan ikan, tabur sedikit bawang goreng, sedikit daun pudina dan daun ketumbar. Ulang dengan selapis lagi lapisan nasi. 8.Akhiri dengan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina dan pewarna kuning atau campuran saffron dan susu. 9.Tekan periuk nasi dan biar sehingga ia masak. Jangan buka periuk nasi sehingga sedia untuk dihidangkan. 10.Sebelum hendak dihidangkan, gaul nasi biryani supaya sekata.
Kredit resipi & foto: Tania Pawanteh
ADA YANG NAK MEMBELI PRESSURE COOKER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Teringin makan Nasi Ulam, korang boleh je masak sendiri kerana sekarang bahan-bahan mentah senang je nak dapat, kat Pasar Tani atau pasar-pasar pun banyak jual segala ulam-ulaman yang segar. Cuma korang perlu rajin sikit untuk mayang halus segala ulam-ulaman tu.. tapi berbaloi ye buat sendiri. Tak percaya cuba dulu resipi yang dikongsikan ini.
.
NASI ULAM
BAHAN-BAHAN:
4 mangkuk nasi putih
1 potong ikan masin Tenggiri | goreng dan kisar kasar
1 biji bawang besar | mayang halus
1 batang bunga kantan | mayang halus
2 batang serai | mayang halus
1 sudu makan lada hitam | kisar halus
2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN ULAM ULAMAN DIMAYANG HALUS:
Sedikit ulam Raja
Sedikit daun Selom
Sedikit pucuk Gajus
Sedikit daun Mengkudu
Sedikit daun Limau Purut
Sedikit daun Kesum
Sedikit daun Pegaga
Sedikit daun Kaduk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan nasi dalam mangkuk besar, taburkan isi ikan masin yang dikisar kasar bersama lada hitam dan kerisik. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan pula hirisan bawang, serai, bunga kantan, serta hirisan ulam-ulaman, gaul rata.
3. Perasakan dengan sedikit garam jika kurang masin.
4. Setelah siap, Nasi Ulam sedia dihidangkan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.