Cara Paling Senang Buat Bubur Nasi Ala McD

Share

Buat mereka yang suka membeli dan makan bubur nasi, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Tekstur yang lebih kurang ala Korea. Lebur tapi masih rasa sedikit nasinya dan berair bila makan taklah muak atau kering.

Resipi bubur nasi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini, sedap dimakan dengan hidangan sampingan seperti ayam carik, cili garlic, minyak bijan, serbuk lada sulah, kangkung belacan, ikan bilis goreng, telur masin.

Gaul semua, suap! MasyaAllah letup-letup dalam mulut dengan pelbagai rasa. Kalau makan kosong, rasa bubur ala McD. Cubalah!

 

BUBUR NASI ALA MACDONALDS

BAHAN-BAHAN:

2 cawan kecil beras | dibasuh bersih – beli online di sini
6 cawan kecil air
2 keping hirisan halia – beli online di sini
2 kiub pati ayam – beli online di sini
1 mangkuk kecil isi ayam | dihiris kecil-kecil

CARA MEMASAK:

1. Masukkan beras, isi ayam, halia, air dan kiub pati ayam ke dalam instant pot dan pilih menu porridge.


2. Setelah bubur masak, jika suka berkuah atau sedikit cair, boleh tambah 1-2 gelas air panas dan kacau sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Hidang bersama bawang goreng, minyak bijan, serbuk lada sulah dan pilihan lauk kegemaran siap.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Kika masak atas dapur, pastikan api sedang saja dan lebihkan air. Sesekali kacau untuk elak dari bubur hangus bahagian bawah.

Kredit resipi: Aisyah Humaira

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff