Scrambled egg atau telur hancur  adalah menu paling ringkas, sihat dan sedap yang boleh disediakan untuk sarapan anak dan suami sebelum ke sekolah atau bekerja.

Menu sarapan yang boleh disediakan bersama roti dan sosej ini biasanya anda hanya perlu sediakan dengan mencampurkan dengan sedikit garam, lada sulah atau lada hitam dan sedikit mentega atau minyak bagi mendapatkan rasa lebih sedap semasa menyediakannya.

Cara Paling Senang Buat  Scrambled Egg Paling Sedap.

IKLAN

Tapi tahukan anda semua, sebenarnya ada lagi cara  yang boleh menjadikan scrambled egg lebih sedap tau. Caranya mudah je, anda cuma tambah bahan  kicap cair mengantikan garam, sedikit air asam jawa atau beberapa titik jus lemon untuk sedikit rasa masam.

Untuk sedikit rasa lemak, anak boleh tambahkan mayones atau lebih trending tambahkan sedikit keju sebelum digoreng. Selain itu, pastikan semasa memasak scrambled egg anda tidak terlalu garing atau lembab.  Sebaliknya, gunakan api kecil  dan menggunakan spatula plastik  dan jangan membalikkan telur kerana telur akan masak sendiri semasa di dalam kuali.

IKLAN

Cara Paling Senang Buat  Scrambled Egg Paling Sedap.

Jika inginkan scrambled egg anda masak sekata, sengetkan saja kuali ke kiri dan kanan  atau depan belakang dengan perlahan.  Apabila separuh asak masukkan scrambled egg  dalam piring yang sudah disediakan.

IKLAN

Senangkan?  Apa salah ada cuba untuk sesuatu yang baru, sedap dan senang nak sediakan, gerenti anak dan suami puji.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI