Scrambled egg atau telur hancur adalah menu paling ringkas, sihat dan sedap yang boleh disediakan untuk sarapan anak dan suami sebelum ke sekolah atau bekerja.
Menu sarapan yang boleh disediakan bersama roti dan sosej ini biasanya anda hanya perlu sediakan dengan mencampurkan dengan sedikit garam, lada sulah atau lada hitam dan sedikit mentega atau minyak bagi mendapatkan rasa lebih sedap semasa menyediakannya.
Tapi tahukan anda semua, sebenarnya ada lagi cara yang boleh menjadikan scrambled egg lebih sedap tau. Caranya mudah je, anda cuma tambah bahan kicap cair mengantikan garam, sedikit air asam jawa atau beberapa titik jus lemon untuk sedikit rasa masam.
Untuk sedikit rasa lemak, anak boleh tambahkan mayones atau lebih trending tambahkan sedikit keju sebelum digoreng. Selain itu, pastikan semasa memasak scrambled egg anda tidak terlalu garing atau lembab. Sebaliknya, gunakan api kecil dan menggunakan spatula plastik dan jangan membalikkan telur kerana telur akan masak sendiri semasa di dalam kuali.
Jika inginkan scrambled egg anda masak sekata, sengetkan saja kuali ke kiri dan kanan atau depan belakang dengan perlahan. Apabila separuh asak masukkan scrambled egg dalam piring yang sudah disediakan.
Senangkan? Apa salah ada cuba untuk sesuatu yang baru, sedap dan senang nak sediakan, gerenti anak dan suami puji.