Anak-anak memang pantang tengok yogurt pelbagai perisa yang ada dijual di pasaran. Sebab tu setiap kali beli barang dapur di pasaraya, yogurt antara barang makanan wajib beli bagi mak-mak yang ada anak kecil. Memang yoghurt baik untuk kesihatan, tetapi asyik kerap membeli, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah, sebab nak buat yoghurt tak perlu banyak bahan dan cara membuat juga ringkas dan muda. Kalau nak tahu macam mana cara, baca tip berikut:-
SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN:
Bahan penting wajib ada adalah bakteria Lactobacillus Bukgaricus yang boleh dibeli di kedai bahan kimia atau bahan kedai barang-barang bakeri. Kalau susah sangat nak dapat, boleh je guna yoghurt plain yang ada label ‘live culture’, ia merujuk pada yoghurt tersebut mengandungi bakteria hidup. Ia penting supaya bakteria boleh berkembang biak semasa proses fermantasi susu hingga menjadi yogurt. Selain itu sediakan juga susu cair, thermometer, sudik kayu, kain bersih, bekas keap udara dan periuk tahan karat. Apapun korang kena pastikan semua peralatan ini bersih supaya yogurt yang anda buat menjadi dengan eloknya.
PANASKAN SUSU CAIR:
Ads
Panaskan susu cair dengan suhu lebih kurang 70-80 celcius atau hingga susu panas tetapi tidak mendidih selama 15-30 minit. Tujuannya supaya bakteria dalam susu boleh mati tanpa merosakkan segala nutrisi dalam susu. Proses pemanasan ini juga membantu mengurangkan kadar air dalam susu. Sepanjang proses memanaskan susu, pastikan susu sentiasa dikacau untuk elakkan dari berketul.
SEJUKAN SUSU YANG TELAH DIMASAK:
Susu yang telah dimasak tadi disejuk hingga suhu lebih kurang 25-30 celcius atau suam-suam kuku. Agar tidak ada dicemari bakteria, tutup periuk dengan kain bersih yang telah korang sediakan tadi.
Ads
CAMPURKAN BAKTERIA DALAM SUSU:
Apabila susu sejuk, bolehlah campurkan bakteria atau yogurt plain lebih kurang 5-10% dari jumlah susu yang telah dipanaskan tadi. (contoh 100ml susu cair, maka bakteria atau yoghurt yang dicampur adalah 5-10ml bergantung kepada kepekatan yang diperlukan. Oleh jika lebih bakteria dimasukkan, lebih pekat yogurt korang. Setelah dicampur, kacau rata, kemudian tuangkan dalam bekas kedap udara dan tutup semula dengan kain bersih yang kering.
BIARKAN SEKURANG-KURANGNYA 24JAM:
Ads
Simpan dan biarkannya tanpa diusik sekurang-kurangnya 24 jam pada suhu bilik supaya bakteria membiak. Bila susu menjadi pekat, berbau dan rasanya masam, tandanya yogurt yang korang buat menjadi dan boleh digunakan.
SIMPAN DALAM PETI SEJUK:
Jika korang tidak mahu menggunakan lagi yogurt atau ada lebihan selepas digunakan, ia perlu disimpan dalam peti sejuk supaya bakteria tidak mati dan rasa yogurt lebih sedap.
Senangkan? Kalau korang ikut cara yang RASA kongsikan ini, tidak ada sebab yoghurt tak menjadi. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa yang suka makan jering, mesti ramaikan? Ulaman yang kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam, tetapi boleh dipelbagaikan jenis masakan dengan rasa yang sedap. Malahan jering juga kaya dengan kandungan nutrisi seperti Vitamin A, B, C , zat besi protein dan banyak lagi kebaikannya. Sayangnya di sebalik rasa sedap itu, bau jering agak kuat menyebabkan ramai tidak menyukainya. Jangan risau masalah bau boleh ditangani kalau korang ikut petua ini:-
Pilih Jering Tua
Untuk tujuan masak, Korang kena pilih jering tua, yang muda hanya sesuai untuk ulam. Pastikan juga jering tua yang korang pilih tu, tidak busuk atau ada tanda berlubang-lubang.
Rendam
Sebelum dimasak, jering hendaklah direndam terlebih dahulu sekurang-kurangnya enam jam. Atau paling baik, semalam sebelum sedia dimasak. Cara ini membantu mengurangkan bau kuat pada jering. Cara rendaman, korang boleh guna air ais atau campuran air kapur.
Rebus
Selepas direndam, jika masih kuat lagi baunya, korang boleh rebus pula dengan daun limau purut atau jambu batu hingga empuk. Cara ini dijamin boleh hilangkan bau jering yang kuat, juga kurangkan kandungan racun dalam jering, tetapi jangan rebus terlalu lama.
Memasak
Sebelum jering dimasak dengan menu kesukaan, korang boleh empukkannya dengan cara ketuk atau hiris nipis jering yang telah direndam atau rebus tadi. Tujuananya supaya bahan tumisan meresap masuk dan sebati dengan jering.
Dah baca? Senangkan, lepas ni korang boleh makan jering yang sedap ini tanpa rasa risau akan baunya yang kurang menyenangkan ini.
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur. Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk pengukus, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
telur separauh masah.
Letakkan pengukus dan tutup. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk pengukus. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
telur.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Masak ketupat banyak gila masa raya tapi esoknya dah berbau? Rugi betul! Jangan ulang silap lama — ini cara paling senang untuk pastikan ketupat kekal segar & tak membazir.
1. Pilih beras terbaik
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. Daun kelapa yang terbaik
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. Kandungan beras
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. Rebus 4-5 jam.
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. Tos dan gantung
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen)
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!