
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.
Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.

Tutup periuk dan renehkan air. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Mana tidaknya, bila kupas bawang mesti menangis. Kalau tak guna kang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi azab kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya.
Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
1. RENDAM bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.

2. SEJUKKAN bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. Pastikan guna PISAU TAJAM kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.

4. Pelik tapi benar, GIGIT BATANG MANCIS untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. KUNYAH GULA-GULA GETAH atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. Kupas dan potong bawang di bawah AIR MENGALIR kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan MEMOTONG BAHAGIAN ATAS sebelum mengupas kulitnya.
8. The National Onion Association juga menyarankan, ELAK MEMOTONG AKAR BAWANG kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

9. SEMBUR CUKA MAKAN di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.

10. Gunakan bantuan KIPAS ANGIN dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, RENDAM bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!
Petua Mudah & Berkesan Atasi Masalah Nasi Lembik.

Masak nasi terutamanya jika guna beras tempatan, sukatan air mesti cukup-cukup. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi kadang-kala terjadi juga masalah masak nasi terlebih air ni. Selalunya ia akan berlaku jika anda tukar jenama beras, masak sambil fikir benda lain atau minta anak-anak atau suami yang tolong jerangkan. Kalau ia terjadi, alahai…Kecewanya.

Bercakap mengenai nasi lembik ni, kalau boleh memang nak elak dari terjadi sebab ada sesetengah dari kita boleh je makan nasi begini tetapi ada yang kurang suka. Malah kalau nak buat nasi goreng pun, memang tak sedap kalau guna nasi macam ni. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, ini petua yang boleh dicuba.
PETUA GEBUKAN KEMBALI NASI YANG LEMBIK

Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.

Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
2 Bahan Dapur Ini Boleh Jadi Racun Rumput. Seminggu Dah Kering Rumput, Mudah Cabut

Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Kadang-kadang rasa baru saja dipotong, dah tumbuh balik.
Kalau dah penat potong, alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya untuk buat racun rumput ini kita perlu guna bahan dapur saja. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Bahan yang digunakan
- Cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight dengan kuasa lemon)
- Cuka masakan
- Alat penyembur

Caranya
- Campurkan sebotol cuka masakan dengan 4 – 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kuantiti ikut keluasan kawasan yang penuh rumput. Kalau kawasan kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan.
- Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan kemudian isikan dalam alat penyembur. Tak perlu campur air ya!
- Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin dihapuskan.
Hasilnya


INFO
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
TIP
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Semoga bermanfaat
Sumber: Muhamad Najib

