Cara Paling Senang Rebus Telur Supaya Kuningnya Separuh Masak.

Share

Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba.  Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.

Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.

Tutup periuk dan renehkan air.  Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.

Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin