Tak terasa nak makan nasi? Ini ada cara-cara buat piza yang paling senang! Anda tak perlu susah-susah nak uli tepung dan tak guna ketuhar pun untuk masak. Sangat senang kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari SyazwAni DaRwiny ni. Memang terbaik!
RESIPI PIZA EKSPRESS GUNA ROTI ARAB
BAHAN-BAHAN:
Roti arab secukupnya
Sos pasta @ tomato puri
Sos cili secukupnya
Mayones
Mentega @ marjerin
Keju mozarella
BAHAN TOPPING (BOLEH PELBAGAIKAN IKUT CITARASA):
Bawang Holland – dipotong dadu kecil
Sosej – dihiris
Isi ketam – dihiris
Cili benggala – dipotong kecil
Cili merah – dihiris
Ads
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti arab dan sapu mentega di kedua-dua belah permukaan roti.
2. Sapu sos pasta. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian letak bahan-bahan topping dengan rata.
4. Paipkan juga mayones dan sos cili.
5. Taburkan keju mozzarella. Lagi banyak keju, lagi sedap!
Ads
6. Akhir sekali taburkan oregano leaves & chili flakes untuk menjadikan rasa piza lebih sedap dan wangi.
7. Masukkan piza ke dalam pemanggang yang telah dipanaskan dan masak selama 8-10 minit menggunakan api yang paling kecil. Jika besar, dasar roti akan hangus dan tak sedap.
Ads
8. Bila keju dah cair, angkat. Sedia untuk dinikmati.
1. Dalam satu mangkuk, masukkan air, yis dan gula. Kacau-kacau dahulu. Diamkan selama 5 minit.
Dapatkan Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
2. Pecahkan 1 biji telur dalam satu mangkuk kecil. Kacau-kacau. Bila adunan yis dah nampak berbuih, masukkan tepung high protein. Kacau lagi.
3. Masukkan telur dan sedikit garam. Kacau guna spatula dulu. Bila tepung dah semua bercampur rata, masukkan mentega. 4. Uli lagi. Nak guna tangan pun boleh atau nak guna spatula pun boleh. Tak perlu uli lama-lama. Bila adunan dah tak melekat, tutup dengan tuala selama 15 minit. 5. Buka penutup, uli lagi. Kalau tak nak melekat pada tangan, letak minyak zaitun atau minyak jagung sikit. Tutup lagi, perap lagi 10 minit.
6. Kemudian buka lagi penutup. Uli lagi sekejap. Kemudian perap lagi 10 minit. Bila doh dah mengembang, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. 7. Keluarkan dari dalam bekas. Leperkan adunan. Potong dengan pisau plastik. Ikut besar saiz mana yang nak, bulatkan dulu. Kemudian perap lagi 5 minit.
Daun bawang 2 sudu besar minyak zaitun Secubit garam Serbuk lada
CARA BUAT:
1. Potong daun bawang. Masukkan ke dalam bekas bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada. Gaul rata. 2. Leperkan sikit doh. Letak daun bawang. Tutup dan lipat jadi tiga segi.
3. Susun dalam loyang. Tutup sekejap dengan tuala bersih selama 5 minit. 4. Bila dah nak kukus, sapu sedikit dengan kuning telur. Tabur sikit lagi daun bawang, lada benggala dan mozzarella cheese. Kukus selama 25 minit.
1. Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik. 2. Tepung gandum, mentega, telur, dan garam gaul sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi. 3. Uli sehingga menjadi elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer lagi senang kerja).
4. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup (1 jam). 5. Kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit buang untuk angin. 6. Buat bulat-bulat dan timbang doh 35g setiap satu. Kemudian, biarkan 10 minit. 7. Ambil doh kemudian gelek memanjang. Ambil pisau atau pizza cutter potong macam dalam gambar. Potong jangan bagi putus okay.
Mini makaroni bakar ini diletakkan di dalam cawan. Jadi, lebih mudah bila nak dihidangkan untuk sebarang jamuan. Apatah lagi di hari-hari akhir Syawal ni. Tentu banyak majlis pejabat dan rumah terbuka.
Selain itu, ia juga comel kan? Boleh ikut resioi yang dikongsikan oleh puan Nuralia Idayu ini ye. Resipi ini untuk 55-60 cup ye. Selamat mencuba.
Rebus makaroni sampai lembut. Boleh letak garam dan minyak untuk elakkan melekat nanti bila masak. Dah lembut, toskan.
Tumiskan bawang sampai naik bau. Masukkan ayam cincang, kacau sampai masak, letak sosej dan cendawan. Tuangkan sos Prego, kacau rata. Kalau pekat, tambah air sikit je. Letak garam gula secukup rasa.
Gaulkan macaroni sampai sebati, matikan api. Tuang macaroni ke dalam bekas asing sebab nak gaul dengan telur. Pecahkan telur dan gaul sebati dengan makaroni.
Bila dah gaul sebati dengan telur, agihkan dalam cup kecil.
Letak kepingan keju cheddar dan mozarella di bahagian atasnya. Kemudian, tabur sikit serbuk parsli.