Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah. Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur. Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali. Anak-anak pun suka lauk sebegini. Untuk lebih enak, sediakan kicap, sambal belacan dan telur dadar. Memang ‘perfect’. Nak tahu cara-cara masak Ayam Goreng Kunyit yang sedap macam yang makan dekat kedai tomyam? Saudara Wan Iskandar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK AYAM GORENG KUNYIT MACAM DEKAT KEDAI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam
Garam – beli online disini
Serbuk kunyit – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Cili giling – beli online disini
Minyak masak secukupnya
Kacang panjang – dipotong
Bawang holland – dihiris – beli online disini
Cili merah – dihiris
Minyak masak untuk menggoreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Gaul isi ayam bersama garam, serbuk kunyit, tepung jagung dan cili giling. Jumlahnya bergantung pada isi ayam yang digunakan. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan secukupnya. Lebih elok jika guna kuali besar dan minyak yang banyak.
4. Masukkan hirisan isi ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
5. Kemudian masukkan hirisan kacang panjang, cili merah dan juga bawang holland. Goreng selama 2-3 minit.
6. Siap! Ayam Goreng Kunyit ala kedai Tomyam siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wan Iskandar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official