Pernah tak anda ke pasar malam semata-mata nak beli kepak ayam madu tu? Makan panas-panas memang layan sungguh! Nak cuba buat secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudara Haerme Abd Rahman dan lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
CARA PERAP KEPAK AYAM MADU PASAR MALAM
Ini resepi saya berniaga dulu, kepak ayam madu. Resepinya cukup ringkas, pulangannya insyallah lumayan. Cuma sekarang dah pencen. Berniaga benda lain pulak. Nama saja madu, tapi pakai gula. Kahkah…Cubalah, share dengan kawan kau yang lain. – Haerme Abd Rahman ( pemilik resipi)
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepak ayam
- 2 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 10 batang serai
- 2 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- 1 cawan gula putih dan gula perang ( lebih kurang)
- 2 sudu makan serbuk cili
- Pewarna merah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan ( kecuali kepak ayam dan pewarna) hingga halus.
2. Titiskan sedikit pewarna pada ayam dan tuang bahan kisar. Perap semalaman.
3. Untuk memasaknya, nyalakan arang dan bakar kepak ayam hingga masak.
4. Sedia untuk dinimati.
NOTA:
1. Lagi lama ayam diperap, lagi enak rasanya.
2. Paling sedap jika dibakar menggunakan arang kerana ayam akan rasa asap dan sedikit hangus. Berbanding jika dimasak menggunakan ketuhar.
3. Jika masak menggunakan ketuhar, guna suhu 170C-200C dan bakar kepak ayam selama 15-20 minit bergantung kepada saiz dan berat ayam.
Kredit resipi & foto: Haerme Abd Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Malaysia Tetap Di Hati Safura Tawil, Berkongsi Sajian Mengubat Rindu Tanah Air.
Aroma masakan Malaysia kerap menyelubungi dapur kediaman Safura Tawil walaupun hidup di perantauan . Anak watan Sabah ini kini bekerja di Dublin Ireland sejak tahun lepas dan sebelum ini dari 2016 hingga 2018 pernah menginap di Ottawa, Kanada bertugas sebagai Chef peribadi.
Dia pernah membanggakan Malaysia dengan kejayaannya menjuarai pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang. Ceritanya,”Dalam seminggu empat atau lima kali saya pasti memasak masakan kegemaran seperti bubur lambuk, masak kicap, masak merah, masak lemak dan sebagainya. Kebiasaanya kalau pergi ke rumah kawan saya akan bawa masakan Malaysia untuk dikongsi bersama seperti kuih muih atau lauk pauk.
‘Selalu juga bertukar dan berkongsi resipi sesama rakyat Malaysia di sini dan kenalan bukan Malaysia. Bila bersama masakan memang jadi topik perbualan kami.Saya memang selalu berkongsi aktiviti dan mengambil tahu keadaan tanah air walaupun berada jauh di perantauan. Sering juga saya kongsikan gambar atau resipi masakan yang saya buat di media sosial dengan rakan-rakan.”
“Saya juga tidak menyangka ramai yang berminat untuk meminta saya kongsikan resipi bila melihat gambar sajian. Saya berasa seronok dapat berkongsi dengan orang lain, moga ia bermanfaat buat mereka juga. Sehinggakan ada yang menggunakan resipi yang saya kongsikan untuk berniaga. Ia amat menggembirakan kerana saya dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya sekadar berkongsi resipi. Alhamdulillah.”
Masakan mengubat rindu
Bagi Safura masakan boleh menjadi platform menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebab tiada batasan bangsa bila menyentuh bab selera. Kita tidak terikat untuk memasak masakan bangsa kita sahaja. Katanya lagi,” Saya selalu juga masak nasi daun pisang sajian orang India, masakan Cina wantan mi.Saya rasa ia sesuatu yang unik buat rakyat Malaysia yang mana kita boleh merasa dan memasak makanan kaum lain sebagai makanan harian.”
Menurutnya bahan ramuan memang mudah dan boleh didapati di Asian Market yang memang banyak di Dublin, Ireland ini. Walau bagaimana pun ada juga barang yang memang tak ada seperti daun kunyit, bunga kantan dan kerisik yang biasa akan saya bawa stok dari Malaysia. Kebanyakan barang-baan dari Thailand dan Indonesia, kadang kala rasanya agar berbeda dari jenama Malaysia. Dia kena pandai memilih barang tersebut yang kena pada citarasa.
.
“Bila dapat memasak masakan Malaysia di luar negara dan dapat memasak dan menjamu orang bukan Malaysia di sini, ia satu perasaan yang bangga kerana dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang lain. Kadangkala mereka termasuk orang Ireland meminta resipi untuk dicuba sendiri.
Ada pulak yang mengambil dari fb dan ig saya. Dapat menikmati makanan Malaysia di luar negara adalah satu perasaan yang sangat menggembirakan dan terasa seperti berada di negara sendiri dan sudah tentulah dapat mengubat rindu pada tanah, “akhirinya melalui emel yang dikirimkan.
Jom kita semak dua resipi masakan Malaysia kegemaran Safura Tawil :
IKAN PATIN TEMPOYAK ALA PAHANG
BAHAN-BAHAN :
1ekor ikan patin (saiz sederhana)
1 cawan tempoyak
10 biji lada ( atau ikut citarasa)
1 inci kunyit hidup (Kisar kunyit dAn lada)
2 keping asam gelugor
1 biji timun kuning (di potong kecil)
2 kuntum bunga kantan (di belah empat
5 tangkai Daum kesum
Garam ecukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan tempoyak dan kacau sehingga sebati.
2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air biarkan sehingga ia mendidih.
3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan.
4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam gelugor/keping, bunga kantan serta timun kuning. Biarkan kuah merenih pada api sederhana selama 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tutup api apabila ia sudah masak dan sedia dihidangkan bersama nasi.
SAYAP (KEPAK) AYAM ALA SABAH
.
BAHAN-BAHAN :
2 kg sayap ayam
½ cawan madu
½ cawan cuka
½ kicap
1 cawan gula
Sedikit pewarna oren
Garam secukupnya
Bahan kisar:
2 labu bawang putih
4 batang serai
1 inci kunyit hidup.
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kepak ayam dengan bahan kisar.
2. Tambahkan pewarna oren untuk lebih menarik. Kemudian campurkan madu, cuka, kicap, gula dan garam. Perap semalaman.
3. Bakar sehingga masak. Biarkan ia masak berjus. Usah terlebih bakar.
Kredit foto & resipi : FB : Safura Tawil
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMASAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.
Nak Buat Sosej Ayam Bersayur Secara Homemade? Ini Caranya
Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Daripada membazir, lebih baik anda hasilkan menu yang sedap dan mudah menggunakan bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji ubi kentang – dipotong
- 4-5 keping dada ayam – hiris kecil
- 2 biji telur
- Sayuran kegemaran secukupnya (empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 4-5 ulas bawang putih – dihiris
- Sedikit serbuk lada hitam – beli online DISINI
- Sedikit lada sulah – beli online DISINI
- Garam secukup rasa – beli online DISINI
- 4 sudu makan tepung ubi (bancuh dengan 1/2 gelas air) – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas atau apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.
3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.
4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.
Kredit resipi & foto: Naa Rohzurina
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Rindu Nak Makan Loaded Potato Bowl? Cuba Buat Resipi Ini Di Rumah
Sedap & Tak Muak. Ini Tip Masak Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Dua Menu Ayam Sedap & Paling Senang Masak, Comfirm Sekeluarga Suka.
Ayam antara lauk murah dan paling disukai oleh anak-anak dan boleh dipelbagaikan menu. Ini ada tiga resipi ayam yang ringkas, sedap, mudah disediakan dan comfirm disukan seisi keluarga terutamanya anak-anak. Anda boleh pilih mana satu resipi paling disukai keluarga, atau boleh saja buat semuanya di hari lainnya.
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul keping isi ayam bahagian dada | potong dadu.
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih | hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi | hiris
BAHAN SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam yang telah dipotong tadi dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan garam ke dala ayam dan gaulkan sebati.
- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
AYAM MASAK KICAP DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam | gaul garam dan serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air
1/2 biji limau purut / 1 sudu air asam jawa
1/2 biji bawang besar | hiris bulat
5 cili padi hijau | belah 2
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 cili kering
2 bawang putih
1/2 biji bawang besar
CARA MASAK:
- Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Tak perlu goreng garing, sekadar separuh masak sahaja.
- Selepas goreng ayam, tinggalkan agak- sgak 2 sudu besar minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.
- Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
- Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air.
- Masuk pula ayam goreng ,garam dan jus limau purut.
- Sesiaikan rasa dan tabur bawang hiris,cili padi hiris dan matikan api.
Lagi menu berkaitan:
https://www.rasa.my/ini-rahsia-ayam-goreng-berempah-yang-sedap-serdak-tak-hangus/
https://www.rasa.my/resipi-sambal-geprek-original-jogjakarta-paling-enak/
https://www.rasa.my/opor-ayam-kampung-sedap-padu-masak-pun-senang/