Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.
Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Ads
Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.
PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:
1. Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
Ads
3. Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
4. Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Ads
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Apa bezanya rempah ratus dan ramuan masakan? Bunyi macam sama, kadang-kadang kita guna kedua istilah ini untuk maksud yang sama, rempah ratus disebut bahan penumis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila diteliti semula baru sedar bahawa ia dua perkara yang berbeza kalau dilihat jenis dan fungsinya dalam masakan. Bagi mengetahui perbezaan ini dengan lebih jelas, anda perlu baca penjelasan di bawah ini.
Istilah
Bahan ramuan masakan atau disebut juga bumbu, adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili daun kunyit, daun kari dan daun limau purut. Ia dikenali juga sebagai bahan asas dalam masakan dan diguna sebagai penyedap masakan. Sementara rempah ratus adalah bahan yang mempunyai aroma yang kuat, contohnya kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, lada hitam dan beberapa lagi. Ia tidak termasuk sebagai bahan asas dalam masakan kerana masakan tertentu sahaja ,menggunakan rempah ratus. Selain digunakan untuk tujuan masak, sebahagian rempah ratus juga boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan kesihatan.
Jenis:
Ramuan masakan ada dua jenis iaitu yang basah dan kering. Yang dikatakan bahan basah termasuklah bahan segar, sama ada yang dikisar atau dihiris halus dan sifatnya tidak tahan lama. Ia boleh tahan hingga seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Sementara jenis kering adalah segar yang telah dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk kunyit dan boleh disimpan lebih lama, daun kari atau salam yang dikeringkan. Berbeza dengan bahan penumis, rempah ratus dijual dalam bentuk kering dan juga telah dijadikan serbuk untuk memudahkan penggunaannya.
Penggunaan
Ramuan masakan sangat penting dalam masakan kerana ia adalah bahan asas yang memberikan rasa pada makanan dan wajib ada dalam masakan. Sementara rempah ratus dimasukkan dalam masakan tertentu seperti kari dan sebahagian masakan yang bertumis dan memerlukan rempah ratus untuk membangkitkan aroma. Ia juga boleh digabungkan dengan bahan ramuan masakan dalam mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Anda peminat tempe? Tiap hari makan mesti nak kena ada tempe dan dan sambal, baru lengkap menu hidangan. Jadi dikongsikan resipi goreng tempe di dalamnya lembut. Kalau tempe nak sedap goreng tak nak keras, boleh buat cara ini.Sedap sangat macam kacang rebus,luar garing dalam lembut.