Lauk sayur petola sama ada dicelur, dibuat masak tumis atau masak lemak putih memang tersangatlah sedap.
Cuma sebelum dimasak kena pandai pilih petola supaya tak terambil yang pahit, keras dan bersabut. Bagi yang masih tak tahu cara untuk memilih sayur ini boleh gunakan tip yang dikongsi oleh
Afy Al Habibi. Tip pilih petola yang tak pahit, keras dan bersabut
1. Sewaktu memilih perhatikan supaya petola yang diambil tiada bekas gigitan serangga yang membuat lubang kecil. Biasanya sekeliling lubang bewarna kuning cair. Petola yang digigit serangga biasanya pahit.
2. Pilih petola yang muda, cara untuk kenal pasti adalah dengan menekan perlahan petola. Pilih yang masih lembut, sekiranya keras bermakna petola sudah tua dan akan bersabut.
3. Cari petola yang berwarna gelap, muda, saiz tak terlalu besar. Petola yang besar selalunya sudah tula dan tak sedap dimakan kerana bersabut.
Nota: Cara bersihkan petola, sebelum masak buang bahagian bergaris pada petola, kemudian barulah dipotong.