Cara Pilih, Proses Dan Simpan Santan Agar Tahan Lama & Tak Mudah Masam.

Share

Nak dekat raya, santan adalah antara bahan masakan utama yang pasti laris dan mendapat permintaan tinggi. Rendang, kari, lontong dan banyak lagi juadah hari raya, kebanyakannya menggunakan santan. Ramai dikalangan kita yang suka beli santan di hari-hari akhir menjelang Aidilfitri kerana jika beli awal, bimbang santan akan rosak. Tapi penatlah sebab kena beratur lama untuk menunggu giliran. Sebenarnya santan ni boleh tahan lama jika kena cara pemprosesan dan penyimpanannya.

 

 

CARA PILIH, PROSES & SIMPAN SANTAN SUPAYA TAHAN LAMA & TIDAK MASAM

1. PILIH KELAPA BARU

foto: mobile-cuisine.com

Untuk hasil masakan yang sedap dan sempurna, pastikan santan yang anda gunakan diambil dari buah kelapa  yang baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih. Pastikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Jika anda membeli kelapa di kedai, minta pekedai belah kelapa baru  supaya anda tidak terbeli kelapa yang kurang baik. Santan yang diperah dari buah kelapa yang baik dapat disimpan dalam tempoh masa yang lama tanpa menjejaskan rasanya.

 

2. GUNA JENIS KELAPA YANG SESUAI

Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan santan dalam masakan menjadi cepat masam. Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Ini kerana santan yang terhasil dari kelapa yang cukup tua memang sangat sesuai untuk masakan  serta  mempunyai kandungan minyak yang banyak. 

 

3. TEKNIK PERAH SANTAN

kredit: youtube

Teknik memerah santan juga menjadi sebab santan cepat basi. Jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut dan kena perah sendiri, pastikan anda menggunakan air masak atau air bersih. Elakkan guna air paip kerana santan yang diperah guna air masak akan lebih tahan lama bila disimpan. 

 

4. CARA MENYIMPAN SANTAN

Cara terbaik untuk menyimpan santan agar tahan lama adalah dengan menyimpannya dalam peti sejuk beku. Melalui cara ini, santan yang dibeli mampu kekal segar sehingga berbulan-bulan. Sesuai sangatlah dengan musim nak raya ni. Beli awal dan simpan dalam freezer. Bila nak guna, hanya keluarkan dari peti sejuk dan cairkan pada suhu bilik sebelum digunakan.

 

Published by
Nur