Rasanya hampir setiap masakan kita pasti akan menggunakan bawang merah. Rupanya ada pelbagai cara potongan bawang merah yang anda tak tahu dan ia juga sebenarnya mempengaruhi rasa masakan anda.
Bukan itu sahaja, sesetengah potongan juga mungkin tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Nak tahu lebih lanjut, ayuh kita baca perkongsian Mohammad Faeez Harith di laman Twitter miliknya.
Jenis-jenis Potongan Bawang:
1. Potong Potong bermaksud bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2. Gegelung Mula dari potong dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan begini biasanya sesuai untuk masak kicap dan masak merah.
3. Mayang Hirisan halus tetapi melintang. Kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4. Belah Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5. Baji Juga disebut sebagai ‘wedges’ dalam Bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini digunakan untuk hiasan seperti di dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga digunakan untuk kebab.
6. Hiris Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Sesuai untuk menumis atau dibuat ulam, rencah sambal, budu, cencaluk dan sebagainya.
7. Dadu Biasanya untuk buat cekodok dan jemput-jemput bilis atau bawang.
8. Dadu Kecil atau Cincang Kasar untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9. Cincang Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ini semua? Ia penting untuk sesetengah resipi kerana lain cara potongan boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi, perlu teliti resipi terlebih dahulu sebelum mula memotong.
Nampak macam mudah je bila menggoreng kacang tapi bila makan dengan nasi lemak kacang rasa lemau, tak rangup dan hangus boleh buat mood makan pun terbantut. Tip ini sangat membantu untuk kamu yang suka makan kacang atau goreng untuk makan dengan nasi lemak dan sebagainya. Selamat mencuba.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang dahulu
Masuk dalam kuali terus
Masukkan minyak sama paras kacang pastu baru buka api kecil je..goreng la smp letup2 manja
Angkat dan toskan minyak..dah sejuk boleh la simpan dlm bekas kedap udara…
Di hari cuti begini, memang seronok kalau adakan aktiviti makan-makan di rumah. Salah satu yang best adalah buat dan masak sate dengan anak-anak. Cuma, bila masak sate ni, satu je masalah yang selalu terjadi. Masalahnya ialah lidi sate asyik patah akibat terkena api panas. Habis kemetot!
Tahukah anda bahawa ada caranya mengelakkan lidi sate ini dari terbakar. Sebelum dicucuk dengan daging, biarkan lidi direndam terlebih dahulu di dalam air selama 30 minit kemudian barulah dicucuk dagingnya. Lidi yang lembut dan lembap akan menyukarkan ia terbakar. Jadi, selamat mencuba!
Daging korban merupakan salah satu rezeki yang diagihkan semasa sambutan Aidiladha. Ia bukan sahaja ibadah, malah menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan jiran tetangga. Namun begitu, tanpa penyimpanan yang betul, daging boleh jadi cepat rosak dan membahayakan kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui cara serta tempoh penyimpanan yang selamat dan efektif agar daging kekal segar, bersih dan sesuai untuk dimasak kemudian hari.
1. Penyimpanan Pada Suhu Biasa (Suhu Bilik)
Daging korban yang tidak disimpan dalam peti sejuk hanya boleh bertahan selama 4 hingga 6 jam sahaja pada suhu bilik, bergantung kepada keadaan cuaca dan tahap kebersihan. Selepas tempoh ini, risiko pertumbuhan bakteria meningkat dan daging tidak lagi selamat untuk dimakan.
2. Penyimpanan Dalam Peti Sejuk (Chiller)
Jika disimpan dalam peti sejuk pada suhu sekitar 0°C hingga 4°C, daging korban boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari. Pastikan daging disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dengan kemas menggunakan plastik pembungkus makanan.
3. Penyimpanan Dalam Peti Sejuk Beku (Freezer)
Untuk penyimpanan jangka panjang, daging korban boleh dibekukan. Pada suhu -18°C atau lebih rendah, daging boleh tahan sehingga 6 bulan. Walau bagaimanapun, sebaiknya gunakan daging dalam tempoh 3 bulan pertama untuk mengekalkan kualiti dan rasa.
Tips Tambahan:
Labelkan tarikh pembungkusan pada setiap bekas atau bungkusan daging.
Elakkan bekukan semula daging yang telah dinyahbeku sepenuhnya.
Potong dan asingkan daging dalam bahagian kecil untuk memudahkan penggunaan dan penyimpanan.
Dengan mengetahui cara penyimpanan yang betul bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, malah memastikan kesihatan keluarga terjamin. Pastikan anda mengamalkan kebersihan semasa memproses dan menyimpan daging korban agar ia kekal selamat dan berkhasiat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!