Ikan tongkol memang enak dimasak gulai. Namun untuk menghasilkan Gulai Ikan Tongkol /aya yang sedap, ia bermula dari penyediaan ikan itu sendiri. Bila makan nasi berlauk dan nasi dagang Kelantan & Terengganu, pasti perasan yang ikan tongkolnya terasa manis, pejal dan tak hancur. Kuahnya pun sangat enak. Rahsianya, ikan tu kena rebus dulu. Tapi ada caranya tau. Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan di bawah ini.

 

IKAN AYA (TONGKOL) REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan tongkol/ aya saiz sederhana
  • Garam halus secukupnya
  • Gula melaka secukupnya
  • Hirisan halia
  • Hirisan lengkuas
  • Sedikit cuka makan
  • 2-3 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan tongkol dan toskan airnya.

Ads

2. Dalam periuk bersesuaian, susun 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang bau hanyir melampau pada ikan.

3. Susun ikan tongkol dengan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.

4. Tabur rata garam halus sebanyak 1 ½ sudu teh untuk setiap lapisan.

5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.

7. Renjiskan cuka atas ikan tongkol secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal. 

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi.  Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam proses rebusan, air dari ikan akan keluar sendiri.

9. Lapisan paling atas, letakkan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.

Ads

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung periuk ditutup sewaktu merebus.

11. 10 minit sebelum ditutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.

Ads

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

13. Siap dan bolehlah dimasukkan ke dalam gulai.

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

Cara Mudah Rebus Ikan Tongkol Untuk Masak Gulai Sedap.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI