Ikan tongkol memang enak dimasak gulai. Namun untuk menghasilkan Gulai Ikan Tongkol /aya yang sedap, ia bermula dari penyediaan ikan itu sendiri. Bila makan nasi berlauk dan nasi dagang Kelantan & Terengganu, pasti perasan yang ikan tongkolnya terasa manis, pejal dan tak hancur. Kuahnya pun sangat enak. Rahsianya, ikan tu kena rebus dulu. Tapi ada caranya tau. Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan di bawah ini.
IKAN AYA (TONGKOL) REBUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan tongkol dan toskan airnya.
2. Dalam periuk bersesuaian, susun 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang bau hanyir melampau pada ikan.
3. Susun ikan tongkol dengan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.
4. Tabur rata garam halus sebanyak 1 ½ sudu teh untuk setiap lapisan.
5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.
6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.
7. Renjiskan cuka atas ikan tongkol secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.
8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam proses rebusan, air dari ikan akan keluar sendiri.
9. Lapisan paling atas, letakkan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.
10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung periuk ditutup sewaktu merebus.
11. 10 minit sebelum ditutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.
12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.
13. Siap dan bolehlah dimasukkan ke dalam gulai.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi