Jom RASA kongsikan cara rebus nasi impit yang cepat & jimat gas. Maklumlah, di musim perayaan begini, selain ketupat, nasi impit menjadi menjadi menu wajib untuk dihidang kepada tetamu di hari raya.
Biasanya untuk mendapatkan hasil nasi impit yang elok dan padat, nasi impit perlu direbus lama. Jika rebus dengan api besar, memang boleh dan cepat masak. Cuma hasilnya tidak padat, tekstur sedikit kasar dan tidak pejal. Tak berapa enak dimakan.
Jadi untuk tahun ni, boleh guna petua yang dikongsi oleh saudari Yuhafiqah Mohd Yunus ini untuk jimat gas. Anda yang tiada pressure cooker pun boleh cuba cara begini.
1.Rebus air sampai mendidih kemudian masukkan nasi impit.
2.Masak selama 10 minit, tutup api.
3.Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
4.Selepas 30 minit buka balik api selama 5-10 minit, ikut keadaan nasi impit tu.
Kredit: Yuhafiqah Mohd Yunus
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: