Cara Salut Tepung Pada Ayam Supaya Rangup & Berkerinting Bila Digoreng

Share

Anak-anak memang suka makan Ayam Goreng rangup begini. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama secara homemade. Tak susah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hanya perlukan tepung goreng serbaguna yang ada dijual di pasaraya sahaja. Namun ada teknik untuk menghasilkan salutan tepung yang berkerinting dan rangup begini. Mudah sahaja. Saudari Nrl Intan Syafinas ada kongsikan caranya. Selamat mencuba!

 

RESEPI AYAM GORENG CRUNCHY MACAM KFC

BAHAN-BAHAN:
Ayam – dipotong


Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pon boleh, ikut selera masing-masing)beli online disini
Minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Potong ayam, bersihkan dan tos.

2. Perap ayam dengan bancuhan Tepung Bestari selama 1/2 jam. Jumlah tepung bergantung sebanyak mana ayam yang digunakan. Tepung harus dibancuh dengan air. Lagi lama diperap, lagi sedap. Minimum 10 minit.


3. Untuk salutan tepung kering, masukkan Tepung Bestari ke dalam bekas yang besar supaya mudah untuk digaul bersama ayam nanti.


4. Ambil ayam yang diperap tadi, masukkan ke dalam tepung kering dan gaul rata. Tekap ayam supaya semua bahagian bersalut tepung.


5. Rupa ayam yang disalut dengan tepung.


6. Sediakan bekas/mangkuk yang bersesuaian. Isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang )dan letak penapis.


7. Masukkan ayam yang bersalut tadi ke dalam penapis dan rendam ayam dalam 2 saat.


8. Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan airnya.


9. Kemudian masukkan semula ayam ke dalam tepung kering dan gaulkan hingga bersalut. (tepung kena banyak ya. Jangan sedikit nanti tak jadi kerinting ayam) Hasilnya ayam akan jadi kerinting begini.


10. Panaskan minyak dengan banyak supaya ayam tidak hangus di bahagian bawah bila digoreng. Empunyaresipi goreng ayam dalam periuk supaya hasil gorengan jadi lebih cantik.


11. Ayam Goreng Crunchy siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nrl Intan Syafinas

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur