Makan

Cara Sangai Tepung Gandum Tanpa Kuali, Tak Penat Mengacau

Share

Cara sangai tepung gandum yang biasa kita lakukan menggunakan kuali. Tapi cara ini memerlukan kita selalu mengacaunya.

Jika penat, boleh gunakan cara lain yang lebih mudah iaitu menggunakan ketuhar atau oven. Sambil itu boleh buat kerja lain, cara ini memang lebih praktikal untuk dilakukan.

Kenapa tepung perlu disangai? Tepung sangai ini biasanya digunakan untuk membuat biskut dan kek supaya lebih tahan lama, tidak hapak dan berkulat.

Biskut dan kek juga akan jadi lebih ringan dan sedap. Selain itu tepung sangai ini juga boleh digunakan untuk membuat tepung naik sendiri.

Cara sangai tepung gandum guna oven

1. Panaskan oven pada suhu 160 Selsius.

2. Sementara itu ayakkan tepung gandum dan masukkan dalam acuan kek.

3. Bakar tepung dalam oven lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan tepung kemudian ambil sudu lalu kacau tepung sampai berderai. Ini kerana apabila dibakar tepung jadi agak keras dan berketul.

5. Biarkan tepung sejuk dan ayak lagi sekali sampai ketul-ketul tepung hilang. Tepung sedia untuk digunakan.

Cara buat tepung naik sendiri

Bagi yang ingin membuat tepung naik sendiri ambil tepung gandum yang disangai sukatan 250gm, tambah dengan satu sudu besar baking powder.

Gaul rata dan ayak. Siap tepung naik sendiri Jika mahu kuantiti banyak gandakan sukatan bahan tadi.

Kredit : Mohamad Farid Omar

Baca Lagi: Cara Simpan Tepung Supaya Tahan Lama

Mesti Baca:Beza Tepung Gandum Ros Ini Buat Ramai Orang Keliru, Nampak Sama Tapi Berbeza

 

Published by
Rose